Monday, March 18, 2019

Jiran

Assalamualaikum dan Halluuuu...

Dah lama tak update blog tetiba keluar tajuk "Jiran" pulak ye. Sejak pindah rumah baru macam2 perangai jiran yang aku jumpa. Kadang tu tak masuk dek akal dah aku punya pikir.

Mula2 pasal buang sampah. Rumah aku jenis townhouse dan tak berpagar. Ada la divider batu secoet kat tepi pintu tu sikit nak cover dari nampak muka jiran sebelah. Haha. Masa mula2 duduk aku tak buat pape kat porch lagi. Ada tanah sekangkang kera je kat porch tu. Kali pertama tengah borak2 dengan jiran ni kat porch secara tiba2 dia cabut rumput rumah dia dan ada sampah kecik dia kutip and campak kat tanah aku. Depan mata ok. Tu depan mata, belakang mata entah ler macamana. Patutlah aku tengok penuh je sampah kat porch ingatkan angin bawak dari mana ke. Kali kedua masa mesin rumput kat rumah dia. Porch dia dah tanam rumput lawa tu. Tak nampak la tanah kering macam rumah kitorang. Pastu haritu aku tengok lepas mesin rumput, orang tu buang sisa rumput tu kat rumah kitorang. Dia upah orang untuk mesin rumput. Aik takkan la tak boleh cakap kat orang upah tu sisa rumput kan boleh buang dalam plastik then buang la dalam tong sampah. Adohaiii..

Kes kedua pasal pasang aircond. Dia rumah bawah, bilik tidur bahagian depan terletak bawah tangga dan pintu masuk kitorang. Compressor untuk ruang tamu dia dah lekat kat divider depan rumah dia. So compressor bilik depan dia nak letak kat bahagian tepi pintu masuk dan porch kitorang la. Ini dah melampau kalau dah masuk area rumah orang. Tak cukup lagi ke rumah sendiri, kalau tak cukup beli la unit atas bawah pastu buat la ape yang ko nak buat. Siap mintak jasa baik, eh ko tak layak nak dapat jasa baik aku la. Ko pun banyak pentingkan diri. Benda macam tu tak patut tanya sebab jawapannya dah tentu tak boleh. Masuk kawasan orang ada ke orang nak bagi. 

Semalam, dia up kat group lorong kitorang pasal bunyi bising tengah malam around pukul 11. Katanya anak aku buat bising berlari melompat dan ketuk2 lantai selama 40 minit. Uishh lama tu. Padahal Adam elok je dok bilik dia dengan aku buat kerja sekolah ikut jadual semua. Kalau dia buat macam tu pun mesti aku dah bising sebab lama tu takkan makpak pekak pulak tak dengar anak buat bising. Logik la sikit aku nak biarkan je. Aku pun tak tahan kalau macam tu. Pada masa yang sama aku tengah membasuh baju kat yard. Mungkin dari mesin basuh tengah rinse and spin tu yang bunyi bergegar sebab dia kata macam main gendang. Aku rasa la datang dari mesin antik aku tu. Dah cakap pun bunyi tu datang dari mesin basuh tapi dia pulak suruh kitorang plan jadual basuh baju. Kenapa tak basuh siang. Eh eh mesin aku tu 7kg je boleh pegi dia, dari siang bawak ke malam membasuh tak habes2. Hari keje pulak malam je boleh basuh, itupun dua hari sekali basuh. Bukan setakat baju je, tuala selimut cadar toto segala nak basuh. Nanti la ada duit sikit aku panggil orang repair tengok bising ape. Dari dalam rumah aku tak dengar pulak bising mesin tu. 

Dia marah la dah call tapi kitorang tak jawab. Kebetulan handphone kat luar dan kitorang dalam bilik. Lepas dapatkan handphone nak masuk tidur baru perasan kat whatsapp dah membawang pasal kitorang. Haha. Aku pun reply la benda macam tu boleh pm je terus tak payah nak up kat group. Boleh settle ke letak kat group macam tu. Siap ada yang memback up pakcik tu katanya tak pandai didik anak tengah malam pun buat bising nanti anak dah besar takde kesedaran nak menjaga privasi orang lain. Tapi kononnya tak tuju la kes tu dia kata eh kalau baca memang tuju kes tu la sebab tengah hot diperkatakan masa tu. 

Dia marah tu sebab cucu nak tidur pulak tu tengah demam. Alahai macam kan anak aku tak pernah kecik, beranak keluar dulu terus besar agaknya. Tapi biasakan je dengan bunyi bising persekitaran. Terkejut sikit2 tu biasa la. Nak senyap duk dalam hutan la senang. Jaga anak tak cukup tidur tu biasa la. Ini dah pencen pun esok siang rehat la. Lain la nak kena bangun pagi pegi keje. Alahaiii tisu sangat. Makpak budak tu ada biarla diorang jaga. Sebelum ni pun dia pernah tanya kitorang ada berlari lompat2 ke main basikal kat dalam rumah. Siap tanya Adam direct. Terpinga pinga budak tu. Pastu pandai pulak makcik tu cakap "Adam kena ada adik ni baru tak buat bising" Haha nak tergelak aku dengan ayat dia. "Makcik pasti ke ada adik nanti dia tak buat bising, silap2 suara aku je yang ko dengar makcikkkk" (cakap dalam hati jela). Lain kali cakap pakai otak bukan lidah yang tak bertulang tu. Aku tahu la anak aku macamana kat rumah. 

Aku dengan suami benda2 kecik remeh temeh aku takde nak bising2 kat orang. Selagi aku boleh hidup aku buat dek je. Apa je yang dia tak pernah buat tapi tak sedar lagi. Dia pasang awning kat bawah bilik tengah aku, pakai awning murah yang bila hujan turun sikit pun berdentam dentum bunyi macam nak perang, aku masih rileks je buat dek. Takde pun aku bising. Dia pasang compressor bilik master betul2 bawah tingkap bilik aku, bila malam sunyi bergegar jugak lantai bilik aku nak tidur tapi aku buat dekkk je. Tak pum pang pum pang bising pun. Kitorang faham adat duduk rumah bertingkat begitu la. Jangan tak boleh nak tolak ansur sangat.      


No comments:

Post a Comment