Friday, September 13, 2019

Third Trimester dan Jerebu

Assalamualaikum dan Halluuu...

Koh..Koh..Kong..Kong.. (bunyi batuk haha)... Intro kena ikut situasi semasa. Jerebu datang lagiiii. Dah macam acara tahunan ye dak. Kena pulak kalini aku tengah mengandung. Ya ampun hazabnya tuhan je yang tahu. Perit tekak. Pakej sekali demam, selsema, batuk, gusi bengkak dan macam2 sakit sampingan yang lain la. Dugaan betul. 

Hari Sabtu baru ni aku dah start tak sedap badan. Ahad pegi klinik check memang demam semua la. So duduk jela melepek kat rumah anak beranak. Isnin cuti lagi sempena keputeraan Agong. Tiga hari la duduk rumah je tak ke mana. Kesian Adam tak keluar jalan-jalan. Dia pegi main taman je dengan daddy. Jadiklaaa. Selasa aku makin teruk. Nak bangun tak larat dah ni. Pegi klinik pun dalam pukul 10 camtu gagahkan diri jugak nak ambik MC. Doktor bagi MC 2 hari terus sebab nampak aku dah teruk sangat. Kesian dia kata mengandung pulak tu. 

Minggu ni dah masuk 28 weeks, 7 bulan. Trimester ketiga. Bawah perut dah start sakit. Makin memberat agaknya. Bila kena demam selsema pulak lagi la bertambah sakit. Dengan cuaca tak elok, panas membahang. Duduk tak kena. Baring tak kena. Kipas hala atas bawah dengan air cooler lagi pun tak membantu. Panas dia tu kira macam orang normal level 3, orang mengandung level 10. Haa gituu. Bila batuk tu yang seksa jugak. Perut pun terhenjut sekali.

Next week checkup lagi kat KK. Kena minum air gula buat kali kedua. Harap semua berjalan lancar. 

No comments:

Post a Comment