Tuesday, September 8, 2020

Kesilapan yang aku takkan ulang



Hello! Eh lamanya tak masuk sini menulis...
Banyaknya benda nak cerita. Sekarang kat IG senang dan pantas kalau nak update apa2. 

Ni saje la nak warm up sikit. Kita post yang simple2 jela. 
Kalau rajin baca lah 😂

----
Bila kita buat silap tak kisah la pasal kerja kat office ke, buat silap dengan kawan2 ke dengan suami atau anak2 pun mesti rasa tak best dah hari kita masa tu. Asyik teringat ingat walaupun masalah dah settle tetap rasa nak cepatkan je masa biar berlalu terus dan kita pun terlupa apa yang kita buat tu.
Tapi nak buat macam mana kan kena lalui jugak walaupun perit.

Aku ada kisah tersendiri pasal buat silap sepanjang hidup ni. Dan harapnya takkan ulang lagi kesilapan tu. Taknak dah. Full stop.

1. Pakai kad kredit
Aku jenis yang boros tak pandai manage duit. Orang saving dulu baru spending ape yang tinggal. Aku tak. Spend dulu baru aku ingat nak saving. Tak pernah lekat duitnya. Disogok pulak dengan kad paling jahat tu. Terus di awangan aku.
Kad tu tak jahat, aku yang tak pandai guna. Mula2 pakai bayar full nih. Adalah dalam setahun bayar full. Dapat gaji je bayar terus full sampai la ke tahap "takpe kot bayar minimum dulu. Nanti dapat bonus ke dapat duit lebih bayar je lumpsum. Bila dapat duit lebih eh eh terus lupa diri kau. Beli benda lain, kad kredit tak jugak bayar habes. Itulah aku.

Jadi, aku dah selamat setelkan kad kredit aku dengan mencagarkan barang kemas aku kat Ar Rahnu. Dapat duit aku setelkan hutang kad kredit dan terus close account. Lantak la orang nak kata pakai kad kredit ni untung dapat point banyak bila isi minyak bila shopping groceries nanti boleh redeem macam2. Argh abaikan je. Tak berbaloi sangat pun redeem barang nak banding dengan hutang membukit tu.

Nak tebus balik barang kemas aku bayar bulan2 jugak tapi takdela interest macam kad kredit tu. Kena bayar upah je sikit tapi masih sangat rendah dari interest kad kredit tu. Barang kemas pun aku dah tebus balik. Lega sangat rasa. Savings pun dah makin banyak sejak potong kad kredit. Bila shopping aku pakai kad debit je. Berapa yang ada lepas tolak saving tolak expenses balance itulah jumlah barang yang aku beli. Takde tersasar dari jalan yang lurus walaupun pahit sebenarnya nak tinggalkan habit tu. Haha.

2. Sia-siakan tawaran kerja
Aku pernah ditawarkan kerja lab pada tahun 2009 sebaik saje grad tapiii aku lepaskan peluang tu macam tu saje sebab malas nak usaha sikit. Gaji pun ok sangat time tu. 

Ok macam ni. Kerja tu dapat dari kawan bakal husband (now husband la 😁) ganti tempat dia sebab dia nak transfer ke JB kampung dia. So nak senangkan kerja dia, dia bagitau boss dah ada pengganti tinggal nak interview buat syarat je. Dan aku masa dia suruh datang interview tu aku kat rumah sepupu kat Mindef, takde orang nak hantar ke sana. Semua tengah kerja. 

Aku terus cakap takpe lah takde rezeki aku. Lepas dari tu memang susah nak cari kerja. Menyesal giler!
Padahal sesuai sangat kerja tu dengan aku sebab aku graduate in Science, semua fresh lagi. 
Sekarang dah menyimpang ke Accounts pulak. Haha.

3. Menipu 
Aku memang takleh menipu atau buat jahat mesti akan perangkap diri sendiri. Ye tahu tak baik buat benda macam tu tapi kadang tu dah terdesak nak jaga hati ke apa2 ke mesti terbuat jugak. Bila dah kantoi aku rasa macam loser giler. 


Setakat ni tu jela... 


   

No comments:

Post a Comment