ResepiAzanna : Mari buat Homemade French Fries ala-ala McD...

Hai.



Haritu tengok dalam peti ais ada ubi kentang..lebihan masak sambal kentang dengan ikan bilis..
so kepala pun mula la ligat berpikir nak buat apela dengan kentang ni..

Selalu malam kitorang jarang makan malam sebab balik keje pun dah penat kan..
beli makanan untuk Adam jer la..
dia suka makan macam popia, nugget, kentang goreng ke memalam ni.. nasik sume memang tak nak la dia..

Tetiba hasben tanya ''Eh, kentang tu kalau buat kentang goreng boleh ke?teringin pulak nak makan..''
Terus dapat idea nak buat french fries..Thank you hasben sebab bagi idea..hihi..

Maka terjadi la French Fries buatan tangan sendiri..

Selalu beli je yang frozen pastu balik goreng dah siap boleh terus makan..


Resepi ni google je tak ingat blog mana tapi aku buat ikut bahan ape yang ada je kat rumah..

Malu sebenarnye nak letak resepi ni pasal cikai2 je..haha..semua orang pun tau kot nak buat...tapi takpe Sharing is Caring... *giggles




Bahan-bahan - untuk 3orang makan :

5 biji Ubi kentang
1 pek 250g tepung goreng Adabi.*pakai tepung beras pun boleh campur dengan soda bikarbonat sikit*
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng (kuantiti yang banyak)





Mula-mula kupas ubi kentang dan basuh sampai bersih. Potong ubi kentang ikut macam bentuk kentang McD ke KFC ke supaya kentang masak sama rata...

potong memanjang camni...


Rebus kentang dalam periuk sampai separuh masak..Jangan terlalu lama sebab nanti nak goreng pulak dah jadi lembik kan..

Tips : Sebelum rebus tu, kalau boleh rendam kentang dalam air kapur..tapi aku tak rendam pon sebab malas.. Tujuannya nak bagi kentang tu lagi rangup..


Rebus kentang dalam periuk



Sampai separuh masak je...


Bila dah separuh masak, angkat dan toskan sampai betol2 kering.. Tunggu kentang sejuk sedikit..

Toskan dalam penapis sampai betul2 kering...



Dah sejuk sedikit, gaulkan kentang dengan tepung goreng Adabi..

Kalau taknak guna tepung ni bole jugak guna tepung beras....


Gaul rata.. Taburkan sedikit garam dalam tepung tu..


Gaul sebati ye...







Panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak banyak dan  goreng kentang bagi tenggelam..

Goreng sampai kekuning kuningan dan angkat. Taraaa dah siap!





Okay mari mencicah dengan sos cili lagi bertambah umphh.. hehe..

Adam pun dah pandai mencicah skang ni.. Dua pinggan licin..hihi..


Selamat mencuba!









Comments

Popular posts from this blog

Permohonan Rumah Selangorku

SusunAtur Ruang Rumah : Tips sembunyikan wayar TV...