Daisypath - Anniversary

Lilypie - Fourth Birthday

AR Beauty & Health

19 February, 2016

Liku liku perjalanan nak dapat zuriat pertama



Assalamualaikum dunia (",)



Nampak tak tajuk pun dah buat aku rasa payah benor nak cerita kat orang.. tapi ku gagahkan jua tangan ini untuk mencoret..ecewah * bajet ada yang kesah kan..haha..*


Bagi aku rezeki anak ni setiap orang tak sama..
Ada yang bunting pelamin.. 
Ada yang cepat je 2,3 bulan dah 'lekat'.. 
Ada yang lagi lama menunggu tapi belum dikurniakan anak lagi.. 
Alhamdulillah, cepat atau lambat tu rezeki masing2 ye. 
Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita..

Jadi apa peranan kita..teruskan kehidupan, perbaiki diri dan pasangan kita,  usaha berterusan, bersedekah, berdoa tak henti2 dan part last kita tawakal kepada Allah je.. tak payah pikir banyak sangat..

Kalau nak kira berapa banyak dah UPT yang aku pakai dalam masa 20 bulan gap sebelum aku disahkan mengandung tu.. tak terkira.. asal lambat period dua tiga hari aku check.. haha.. last2 sampai hurmm biar jela.. malas dah nak berharap..

Tahun pertama kahwin, 2010. Bulan Jun.. kira pertengahan tahun da.. Aku tak kisah sangat kalau orang tanya.. dah ada isi ke belum.. bagi aku takpe honeymoon dulu.. awal lagi.. lagipun masa tu keje jenis yang stress giler.. keje yang kalau harini kalau ko tak siapkan esok lagi parah.. so baik harini siapkan atau kurangkan sikit keje tu, hakikatnya keje tu memang takkan habis walaupun ko tido ofis stay buat keje..haaa..gituuuu..
So disebabkan keje yang banyak aku selalu ot balik lambat.. takde life sangat.. weekend pun datang ofis buat keje.. Stress berganda..Ni salah satu faktor jugak susah nak pregnant sebab stress.

Then, tahun tahun seterusnya rilek2 lagi.. belum ada apa2.. sabar.. masa belum ada anak banyak masa berdua. bole keluar jalan2. tengok wayang la.. kadang balik keje malam tu bole lagi last minute plan hasben ajak tengok midnite movie.. tu yang best..

Kadang tu weekend takde ape nak buat, last minute plan pegi tido hotel la.. pegi makan angin tepi pantai PD tu.. jalan2 cari makan ke.. google tempat makan best terus terjah.. dan macam2 lagi la.. kalau baru je balik kampung then pegi la makan angin dekat2 KL je.. honeymoon betul masa tu..

Ramai jugak yang bagi cadangan ambil produk2 untuk kesuburan semua tu.. tapi tak berkesempatan try.. macam Biodex (masa tu famous ni).. hampir nak beli tapi tak jadi.. tak ingat kenapa. so dalam masa 2 tahun tu tak pernah ambil produk kesuburan semua tu..

Tahun 2012, Bulan 1..tetiba mak mertua ajak pegi mengurut kat rumah di Parit Jawa. ada kenalan mak yang bole mengurut orang berpantang, yang susah nak mengandung, orang tua sakit2 badan ke.. so kita cuba jela.. makcik tu cakap nak mengurut tak boleh masa tengah period. ok ngam2 je lepas period balik kampung terus.

Tapi nak cerita pasal mengurut ni, aku ingatkan ok la tak sakit. sekali masa mengurut tu dia punya tekan perghhh nak nangis rasa.. tahan je la.. nak2 masa dia betulkan part peranakan.. ya Allah sakit sungguh. sampai aku demam la 3 hari tu.. sepatutnya dia kena mengurut 3 hari berturut-turut baru elok.. tapi aku hanya mampu 2 hari sebab dah demam..haha.. yang bestnya minggu lepas mengurut tu badan terus rasa segar sangat dan bertenaga. hilang rasa lesu semua tu.

Lepas sebulan mengurut tu, datang period sekali then bulan 2 tetiba period lambat sangat. dah 2 minggu lewat. period aku memang tak tetap sebelum ni. kalau lambat pun takde la lewat sampai 2 minggu.. tak syak apa lagi.. masa ni tak terpikir langsung nak test sebab aku dah taknak mengharap sebab lama dah lama tak pernah check pun kalau period lambat.

Keluar beli barang dapur, nampak ada Guardian.. terdetik hati tetiba nak masuk tengok dalam tu. ternampak upt teringin rasa nak beli.. esok paginya bangun nak solat subuh, aku test. berdebarnya hati hanya Allah yang tahu. tengok line tu cepatnya tukar jadi 2 line.. Masyaallah.. Perasaan bercampur baur.. Aku tak bagitahu hasben lagi.. tunggu masa yang sesuai nak share.

Pagi masa tengah breakfast sama2, aku tunjuk upt tu kat hasben. dia tanya eh bila awak beli ni.. nampak sangat tak perasan pun double line tu.. huhu.. dah lama sikit baru dia "eh, ni double line bukan ke pregnant".. seronoknya dia tak terkata.. Allah dah makbulkan doa kita..

Lepas dapat tahu pregnant je, mula la mengidam macam2..haha..mengada sangat..

Bagi aku, kita pikir positif je setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. kalau lambat dapat anak, jangan stress pikir. tiba masa yang sesuai ada la rezeki kita tu. chill je okayyy...

Seronok tengok kawan2 yang dulu diuji macam aku jugak, dah pregnant sekarang. ada dah dapat anak pun. ada sorang tu 2 tahun gak kawen baru dapat baby girl then belum setahun pun dah pregnant lagi dapat twin baby boy pulak.. bestnya!










11 February, 2016

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort





Bismillah...

First time join giveaway macam ni.. Harap ada rezeki la kan.. Sebab plan bulan 5 ni nak gi Kuantan.. Jarang bercuti ke sebelah timur ni.. Selalu utara selatan je.. hehe..

Apa lagi.. Jom la meriah kan giveaway ni.. Klik gambar untuk join ye..