Monday, September 25, 2017

KL 2017 Sea Games


**Ini adalah post lama dalam draft, baru sempat publish.


26.08.2017
Dah banyak hari husband ajak pi stadium tengok sea games tapi aku malas nak berjalan.
Malas nak bersiap.
Aku batuk tak hilang2 lagi.
Then 2 hari lepas baru ada mood.
Padahal Bukit Jalil sebelah rumah je.
Jalan kaki pun bole sampai. Haha

Tapi tak jalan kaki la.
Melecet keti la weh..
So naik LRT dari Sungai Besi turun next station, Bukit Jalil.
Tak sempat duduk dah sampai.
Paling excited si Adam la dapat naik train.

Sampai je stadium tengok orang jual makanan lagi banyak dari jual merchandise Sea Games. Haha.. Sape iman tak kuat menyinggah la ko rasa semua makanan food truck tu.
Kitorang tinjau2 je terus jalan masuk ke stadium.
Husband tengok website dah awal2.
Free admission, games olahraga start pukul 4petang.

Amik seat ke depan sikit. Tak ramai lagi orang baru pukul 3.30 petang.








Rimau keluar jap untuk Medal Ceremony pastu dia masuk dalam balik. Mula la si Adam mencari rimau. 40 kali tanya mana rimau. 




Atlet lompat tinggi ke tempat perjuangan. Wakil Malaysia 2 orang. Dua2 menang gold and silver medal.




Lama tunggu sebab masuk awal. Games start pukul 4.15pm. 
Da mula kacau2 orang jalan sana sini.




Seat banyak kosong lagi. Muka kelat sebab kena tunggu lama.





Haa tu rimau dah keluar. Mak baru seru dia tadi. Adam asyik tanya je mana rimau mana rimau. 
Penat mak nak explain. Cakap rimau tido kat dalam tu la..Rimau pi cari makan la. Rimau pi mandi la..


Games olahraga yang aku ingat ada 100m hurdles (men & women), lompat tinggi (men), lempar cakera (women), 5000m (men).
Gold medal for Malaysia - 100m hurdles men and lompat tinggi men.
Silver medal MY - 100m hurdles women, lompat tinggi men, lempar cakera women.
Bronze medal MY - 5000m men.



Syok la tu games dah habes boleh keluar stadium. Yeay!



Muka ada sinyuummm.



Ramai rupanya kat luar stadium. Ingatkan tak crowded la sebab masa datang lengang je.


Singgah booth Milo beli air tin and botol.
Promosi 5 botol/tin RM10. Harga promo ke ni??
Beli kat luar Speedmart ke KK Mart rasa lagi murah. haha
Ahh beli je. Seronok tengok banyak giler booth jual air.
100plus ada, coffee ape ntah ada, macam2 air la ada.

Jalan sampai ke atas masuk booth merchandise sea games.
Ada T-Shirt topi seluar beg segala.
Nak masuk tengok barang tu sesak ya amat.
Ko tengok orang ok bukan barang.
Kira lalu tu ko kena tangkap je ape yang ko nampak pastu gi bayar.
Nak tengok size apetah lagi.
Kalau tak muat nasibbbb laaa.

En Qudeen cari T-Shirt hitam yang corak abstract.
Entah aku tak paham dia nak macam mana.
Aku suh amik je yang ada tu. Ok je aku tengok.
Tapi dia taknak ah lantak jom ler keluar malas aku nak berlengas lama2 dalam tu.





Kat tepi booth. Memanjang board dia. Senang ramai bole amik gambo.




Dah ler tu mak tak larat dah ni.
Berlengas giler muka.
Cuaca redup tapi berbahang panasnya.
Ingatkan betul2 nak balik ni.
Boleh pulak ondaway jalan ke LRT tu ada playground.
Eh kena singgah la jawabnya.
Budak tu pantang nampak playground. Bergedik ler nak pegi.
Tunggu Adam main dalam setengah jam pastu terus balik.

Sebelum sampai rumah singgah minum kat Gerai Satay Selekoh Sg Besi.
Masing2 dah penat tak selera nak makan berat.
Order satay jela.
Sampai rumah mandi terus terbongkang tido. Penat.
Macam kan lari 100m tadi.

Monday, September 18, 2017

Innalillah...


30 August lepas, paksu pergi meninggalkan kami.
Tiba2 dalam satu hari jatuh sakit.
Mak cerita kat aku sebab aku tak dapat balik tengok paksu.
Dia terjaga pagi tu dalam pukul 4am nak pi bilik air.
Lepas tu mengadu kat maksu dia berpeluh peluh teruk.
Sampai maksu kena lap badan dia. Peluh banyak.
Tiba2 muntah habis keluar semua makanan yang makan malam tadi.
Maksu kata banyak jugak dia makan malam tu.

Lepas dah muntah, terus pengsan tak sedarkan diri.
Then, masa tak sedarkan diri tu paksu boleh muntah lagi. Tanpa sedar.
Menangis aku dengar cite mak.
Kesiannya paksu. Berat betol ujian untuk keluarga dia.

Maksu terus panggil maktam yang dok belakang rumah je.
Then maktam call mak. Rumah mak sebelah rumah paksu.
Diorang adik beradik memang rumah sebelah2 je.
Nasib la mak letak henfon kat sebelah je. Biasa mak memang takkan dengar kalau orang call dia.
Mak terus pi rumah paksu dengan adik Iman.
Call ambulans bawak ke Hospital Kuala Nerang (HKN).
HKN refer ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebab paksu dah kritikal.
Brain dead.

Sedihnya la.
Mak ada cakap paksu memang ada penyakit darah tinggi dan kolestrol pun tinggi jugak.
Makan ubat pun tak tentu.
Dah lama stop makan ubat hospital and continue ubat amik dari klinik swasta.
Kata mak lagi paksu tak makan ubat ikut jadual.
Paksu tinggalkan 2 orang anak. Sorang lelaki, sorang perempuan.
Kecik2 lagi.
Sesungguhnya kehidupan akhirat adalah lebih baik untuk paksu.

...........................................................................................................................................

Khamis lepas, 14 September.
Tragedi pusat tahfiz yang menyayat hati.
Anak-anak syurga pergi meninggalkan kita.
Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan korban lebih 20 nyawa.
Bertambah sedih lagi, punca kejadian adalah sebab khianat.
7 remaja ditahan suspek kes kebakaran ni. 
Allahu.. Anak-anak muda kita.
Apa sudah jadi dengan anak muda sekarang?
Mengapa sanggup terlibat dalam perbuatan ganas yang membunuh ni???...

Aku pun ada anak. 
Anak amanah Allah. 
Apa peranan kita sebagai ibubapa..
Dah cukup ke laksanakan tanggungjawab mendidik, bagi kasih sayang, bagi sepenuh perhatian, bagi ilmu agama?
Biar anak jadi manusia..
Harap ambil iktibar dari tragedi ni.
Kepada keluarga mangsa, semoga tabah dan redha atas ketentuan ini.
Moga roh mereka dirahmati Allah SWT.
Al-Fatihah


...................................................................................................................................

11 September lepas, hari Isnin dapat berita Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat pada usia 89 tahun (1927-2017) di Istana Anak Bukit.
Jenazah Almarhum disemayamkan pada 12 September di Makam Diraja Langgar.
Sultan Kedah dah 2 kali jadi YDP Agong.
Aku tengok Sultan Kedah memang sultan yang berjiwa rakyat.
Al-Fatihah...




سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١ 
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)صِرَٲطَ 
ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) 
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (2) 
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) 
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) 
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Thursday, September 14, 2017

Hal Sekolah


Pening dibuatnya bila nak daftar tadika and sekolah rendah Adam tak setel2 lagi.
Banyak cuti dah terbazir dengan time off nya lagi.
Yang jadi lama tu bukan ape, berurusan dengan orang yang bagi info tak tepat mula2 cakap dokumen ni tak perlu then bila datang nak pulak dokumen tu. Haih pening!

Ok nak cite hal sekolah rendah dulu.
Yang lahir 2012 kena daftar dah tahun ni untuk sesi sekolah tahun satu 2018/2019.
Bulan 4 haritu aku terus daftar manual pi sekolah bawak borang yang dia bagi - actually borang tu amik dari pengasuh dia tolong amikkan dari sekolah sini.

Bawak dokumen semua yang dia nak, dah ada checklist dalam borang tu.
  1. Surat beranak
  2. IC ibubapa
  3. Sijil nikah
  4. Bil atas nama ibubapa - so aku amik bil telefon sebab bil air letrik nama owner rumah
  5. Sampul putih 4' x 9'
  6. Setem 80sen 
Dah daftar kat sekolah, dia cop kat belakang surat beranak asal tu, letak no giliran dengan no daftar. So aku ingat dah setel.
Masa datang daftar ni pun dah amik cuti. 

Then, tetiba sebulan lepas tu sekolah tu call suruh daftar online pulak. 
Masa ni memang dah tutup pun tarikh daftar online. 
Kecoh jugak pasal daftar online ni, aku tanya2 la jugak kawan2 ofis.
Kebanyakan cakap dah daftar manual kat sekolah buat apa nak daftar online lagi. 
Tu yang aku senyap je. Tup tup sekolah call suruh daftar online pulak. Dah siap online, kena print and bawak ke sekolah sekali dengan photocopy sijil nikah and jadual imunisasi. 
Hurmm..haritu aku dah bagi sijil nikah kenapa nak lagi.. adoiiii

Aku pun isi online semua, part yang paling teruk kena isi adalah jadual imunisasi. 
Banyak giler date kena isi. Pening aku. 2 hari baru setel tau part ni. Slow2 aku buat. 
Dah tu siap print, fotostet sijil nikah dengan jadual imunisasi dari buku rekod check up Adam.
Amik cuti lagi nak pi hantar benda lah tu.

Dalam masa nak ke sana tu, dalam group Whatsapp rumah baru aku tu diorang cakap. Rumah bakal siap 1st quarter next year. Uihhh first thing aku pikir is sekolah Adam. Camne ni. Ingat siap November 2018 so ada masa untuk tukar sekolah dia ke Selangor. 
Kalau dah siap cepat, nak pindah cepat2 dok sana malas la nak urus hal kat sekolah sini pulak.

Lagi satu risau sekolah Selangor dah full pulak kalau aku lambat daftar. 
So kitorang decided, cancel sekolah sini and daftar sekolah Selangor terus. 
Bila dah decide nak cancel, ingatkan pegi sekolah KL tu terus cancel la. 
Rupanya dia nak kita submit jugak dokumen lengkap yang print online semua tu then dia akan cancelkan dalam online. 
Lepas dia dah cancel baru kita boleh apply online untuk sekolah Selangor tu pulak. 

Ok takpe aku pegi sekolah KL submit je print online tu then mintak dia cancelkan. 
Kalini aku time off dengan En Qudeen. 
Paham jela bila dah pegi dengan dia, jenis kalut semacam semua nak suruh aku cepat2. 

Aku bawak dokumen yang dia nak je, surat beranak asal aku tinggal kat rumah. 
Sekali dia nak pulak sebab nak cop cancel kat belakang surat beranak tu.
Aku dah bengang ni.. Tapi silap sendiri jugak dah kenapa tak bawak je semua benda penting camtu. 
Nasib la rumah dekat je dengan sekolah. Lari balik amik jap.  
Panas betol haritu balik rumah jalan kaki. Tambah dengan panas hati ni lagi la kan. 
Berpeloh oii muka aku.

Lepas dah setel semua, singgah minum cendol jap dengan tapau nasi ayam kunyit kat situ. 
Aku makan kat ofis je. 
Dia bukannya nak makan sekali. Nak cepat2 masuk ofis balik takut jem. Yelaaa bang...

Ni aku dah isi online untuk sekolah Selangor pulak. 
Siap lama dah tapi belum ada masa nak ke sana hantar dokumen dengan borang ni. 
Tak kuasa betol nak pegi sana. 
Tunggu la selit2 bila kena cuti baru pegi. 
Unpaid dah aku ni. Cuti dah lama habes bulan 7 haritu. 
Setahun 12 hari je AL aku. Kesian betol. Cuti raya je dah 4hari.. 

Now, hal tadika Adam pulak.
Minggu lepas amik borang untuk 6 tahun. Half day je aku cuti. 
Tadika under wilayah ni kena berebut. Tempat sikit je. 
Yuran sebulan RM20, register annually RM300++. Ok la untuk rakyat marhaen macam aku.
Macam tahun lepas untuk 5 tahun dia bukak 70 orang. Tahun ni 42 orang je sebab tak cukup cikgu. 
Selamat la anak aku.
Tahun ni takpe 6 tahun punya confirm dapat tempat dah.

Checklist dokumen tadika : 
  1. 2 keping gambar passport anak
  2. 2 copy surat beranak
  3. 2 copy MYKID
  4. 2 copy IC ibubapa
  5. 1 copy slip gaji ibubapa
  6. Sampul surat coklat 4' x 9', tulis alamat lengkap
  7. Setem RM1
  8. Bayar RM20
Kena submit 18hb ni. Kalini tak payah cuti la. Lari kejap time lunch pegi hantar. 

Tahun depan ni kalau rumah siap awal, nak kena cari tadika kat sana pulak. 
Tak survey lagi area sana.
Yang aku tau ada brainy bunch, genius aulad je, tu pun kat pekan. Jauh sikit dari rumah.
Mana nak cari pengasuh baru lagi.
Mana nak cari orang hantar ke sana lagi.
Pening memikir. 
Tunggu la free sikit baru start balik mencari. 

Harap dipermudahkan urusan bila pindah nanti. 

Wednesday, September 13, 2017

Rambut Baru


Dah pandai request style rambut skarangggg.. Besar dah anak teruna ni. 


Mata stim.

Hidung kembang.

Tuesday, September 12, 2017

Cendol Durian

Balik dari Muar raya haji haritu lalu hiway LEKAS. 
Dia malas nak mengadap jem kalau lalu hiway PLUS.

Sebenarnya aku dah cakap nak singgah gerai coconut shake sedap yang ada payung merah Walls tu. Suruh la dia slow sikit aku nak ushar2 kang terlepas nanti susah nak pusing balik. 
Sekali kau terlepas jugak haa.. Aku dah bengang ni. 
Tengah panas2 ni cari pasal betol la.
Tapi takpe aku teruskan ushar lagi mana tau ada gerai lain ke. 
Tak sedap pun bedal la janji nama dia coconut shake.

Lepas traffic light ke berapa entah dalam senawang tu belah kiri nampak signboard gambar durian 300 meter. 
Aku pun "slow2 bang..nampak macam ada gerai durian.."  
Mood aku ke arah durian pulak. 
Dia pun belok kiri nampak gerai cendol.. wah wah wah.. 
Yang dah lepas jangan dikenang, mari kita kenduri cendol pulak. 
En Qudeen buat keputusan yang bijak bila dia lalu LEKAS kalini. Haha..

Nama gerai tu Maha Cendol, masuk je situ staff semua greet kitorang.. "Hai Selamat Datang" pastu belum sempat duduk dia dah tercongok kat meja nak amik order. 
Bagus servis diorang ni. Macam ni la kita nak. 
Selama ni ingat kedai mamak je yang servis bagus.

Aku sorang order cendol durian, dua orang tu ofkos la cendol biasa je. 
Laki aku makan durian tapi jenis yang tak suka durian yang campur dengan ape2 makanan lain. 
Nak makan durian makan durian je. Gituuu.. 
Si Adam tu makan durian jugak tapi takde mood kot nak tido dalam kete tadi tetiba aku ajak minum cendol pulak.




Sabar jela tengok ni.. sekarang tengah update ni teringat ingat lagi. Isi durian dia.. umphhh sedap sangat. 


Rojak tu mula2 order satu je, tu pun En Qudeen yang order. 
Dia kata sedap, aku pun lincah la order lagi satu.. hehe
Aku nak makan nasi ayam tapi habes pulak. 
Amboi banyak betol ko nak melantak. 
Kalau perut boleh cakap, dah menjerit mintak tolong tu.

Total makan semua tu lebih kurang RM18. 
Yang penting sedap dan banyak. Lepas makan teruskan perjalanan ke KL. 
Dan aku macam biasa masuk kete je, tido kekenyangan dalam kepuasan di belakang.

Mendapat dah aku cendol durian sedap. Puas hati.
Dah 3 tempat makan cendol yang tak sedap kat tekak aku ni. 
Dua tempat kat BTS satu lagi kat Sg Besi.