KL 2017 Sea Games


**Ini adalah post lama dalam draft, baru sempat publish.


26.08.2017
Dah banyak hari husband ajak pi stadium tengok sea games tapi aku malas nak berjalan.
Malas nak bersiap.
Aku batuk tak hilang2 lagi.
Then 2 hari lepas baru ada mood.
Padahal Bukit Jalil sebelah rumah je.
Jalan kaki pun bole sampai. Haha

Tapi tak jalan kaki la.
Melecet keti la weh..
So naik LRT dari Sungai Besi turun next station, Bukit Jalil.
Tak sempat duduk dah sampai.
Paling excited si Adam la dapat naik train.

Sampai je stadium tengok orang jual makanan lagi banyak dari jual merchandise Sea Games. Haha.. Sape iman tak kuat menyinggah la ko rasa semua makanan food truck tu.
Kitorang tinjau2 je terus jalan masuk ke stadium.
Husband tengok website dah awal2.
Free admission, games olahraga start pukul 4petang.

Amik seat ke depan sikit. Tak ramai lagi orang baru pukul 3.30 petang.








Rimau keluar jap untuk Medal Ceremony pastu dia masuk dalam balik. Mula la si Adam mencari rimau. 40 kali tanya mana rimau. 




Atlet lompat tinggi ke tempat perjuangan. Wakil Malaysia 2 orang. Dua2 menang gold and silver medal.




Lama tunggu sebab masuk awal. Games start pukul 4.15pm. 
Da mula kacau2 orang jalan sana sini.




Seat banyak kosong lagi. Muka kelat sebab kena tunggu lama.





Haa tu rimau dah keluar. Mak baru seru dia tadi. Adam asyik tanya je mana rimau mana rimau. 
Penat mak nak explain. Cakap rimau tido kat dalam tu la..Rimau pi cari makan la. Rimau pi mandi la..


Games olahraga yang aku ingat ada 100m hurdles (men & women), lompat tinggi (men), lempar cakera (women), 5000m (men).
Gold medal for Malaysia - 100m hurdles men and lompat tinggi men.
Silver medal MY - 100m hurdles women, lompat tinggi men, lempar cakera women.
Bronze medal MY - 5000m men.



Syok la tu games dah habes boleh keluar stadium. Yeay!



Muka ada sinyuummm.



Ramai rupanya kat luar stadium. Ingatkan tak crowded la sebab masa datang lengang je.


Singgah booth Milo beli air tin and botol.
Promosi 5 botol/tin RM10. Harga promo ke ni??
Beli kat luar Speedmart ke KK Mart rasa lagi murah. haha
Ahh beli je. Seronok tengok banyak giler booth jual air.
100plus ada, coffee ape ntah ada, macam2 air la ada.

Jalan sampai ke atas masuk booth merchandise sea games.
Ada T-Shirt topi seluar beg segala.
Nak masuk tengok barang tu sesak ya amat.
Ko tengok orang ok bukan barang.
Kira lalu tu ko kena tangkap je ape yang ko nampak pastu gi bayar.
Nak tengok size apetah lagi.
Kalau tak muat nasibbbb laaa.

En Qudeen cari T-Shirt hitam yang corak abstract.
Entah aku tak paham dia nak macam mana.
Aku suh amik je yang ada tu. Ok je aku tengok.
Tapi dia taknak ah lantak jom ler keluar malas aku nak berlengas lama2 dalam tu.





Kat tepi booth. Memanjang board dia. Senang ramai bole amik gambo.




Dah ler tu mak tak larat dah ni.
Berlengas giler muka.
Cuaca redup tapi berbahang panasnya.
Ingatkan betul2 nak balik ni.
Boleh pulak ondaway jalan ke LRT tu ada playground.
Eh kena singgah la jawabnya.
Budak tu pantang nampak playground. Bergedik ler nak pegi.
Tunggu Adam main dalam setengah jam pastu terus balik.

Sebelum sampai rumah singgah minum kat Gerai Satay Selekoh Sg Besi.
Masing2 dah penat tak selera nak makan berat.
Order satay jela.
Sampai rumah mandi terus terbongkang tido. Penat.
Macam kan lari 100m tadi.

No comments:

Post a Comment