Cari Pengasuh Anak


Dilema mak mak bekerja ni ape tau... Nak cari pengasuh anak yang terbaik. Aku dulu pun macam tu. Benda paling aku banyak pikir inilah.

"Boleh ke dia jaga anak aku macam aku jaga?"
"Dia ada jaga anak orang lain jugak ke? Ke anak aku sorang.."
"Kalau dia nak cuti, sape nak jaga anak aku? Ke kena ada back up pengasuh?"

Itulah antara soalan soalan yang bermain di fikiran aku.

Iyela tu anak aku, bersusah payah aku kandung 9 bulan (eh tak sampai rasanya), anak yang aku tunggu selama nak dekat 2 tahun mestilah aku nak yang terbaik. Mana ada parents yang taknak terbaik untuk anak-anak dia.

Tapi, lagi banyak aku pikir lagi jiwa aku tak tenteram. Hasben cakap dengan aku, kita usaha dulu cari selebihnya kita berdoa bagi Allah mudahkan urusan kita.

Ya, aku tenang sikit. Dan terus tanya kawan-kawan yang tahu kalau ada pengasuh yang diorang dah biasa. Aku tanya jiran-jiran dekat rumah tu jugak. Alhamdulillah, akak serumah dengan aku dulu masa bujang dia suggestkan pengasuh anak dia.

Aku dan hasben terus call dan dia okay minta datang rumah sejurus selepas call tu. Maksudnya dia takde tunggu esok lusa ke baru datang, terus jemput datang rumah hari yang sama tu. Masa tu mak aku ada sini jaga aku dalam pantang jadi Adam 2 bulan bawak sekali ke rumah pengasuh tu.

Sampai sana, aku tengok mata mak aku melilau scan keliling rumah tu sambil berbual dengan pengasuh. Suami pengasuh pun ada. Biasa la, atoknya pun risau sape yang akan jaga cucu dia nanti. Cucu sulung tu.

Antara tips dan kriteria yang aku rasa perlu ambil kira;

Rumah dan persekitaran bersih.
Memang rumah dia bersih dan kemas. Takde bela kucing atau haiwan peliharaan lain. Susunan perabot rumah dia mesra kanak-kanak dan selamat. Takde hiasan yang sarat mengganggu pemandangan aku. Lulus.

Suami pengasuh tak merokok
Ya, aku tak gemar perokok dekat dengan anak aku. Walaupun perokok merokok kat luar rumah tapi bau masih melekat pada badan dan pakaian, jadi kesan tu tetap ada pada anak-anak. Sedangkan ayah dia sendiri pun tak merokok, wajib aku ambil kira hal ni jugak pada pengasuh. Lulus.

Cuti dan hal kecemasan.
Bincang dengan pengasuh perlu atau tak aku ada backup pengasuh kalau dia amik cuti dan ada hal emergency. Perjanjian dibuat, dia boleh cuti mengikut Public Holiday dan kalau aku cuti takkan tolak gaji dia. Kalau dia nak cuti perlu inform aku 3 hari awal supaya aku boleh apply cuti dengan company pulak. Win-Win situation. Melainkan emergency la. Untuk emergency case aku akan tolak dari gaji hari untuk dibayar kepada pengasuh backup. Tapi selalunya aku bayar penuh jugak, tak sampai hati. Huhu.

Kesihatan pengasuh dan keluarga. 
Pastikan kesihatan mereka baik sebab nak jaga anak kita mesti dalam keadaan yang terbaik. Kalau ada penyakit kronik tu takut kita pulak yang susah akan datang nanti.

Waktu jagaan dan bayaran upah.
Mesti bincang elok-elok pasal ni. Contoh, waktu kerja kita 8am-6pm. Jadi waktu jagaan dia adalah 7am-7pm. Kena bagitau dia nak hantar pukul berapa dan amik pukul berapa.Tanya juga bayaran ot start dikira pukul berapa supaya tak bermasam muka di masa akan datang. Haha.

Jaga anak asuhan lain.
Pengasuh Adam ada jaga 5 orang budak lain. 3 orang sebaya Adam masa tu dan 2 lagi dah besar sikit. Mula aku risau jugak boleh ke dia jaga ramai ni tapi aku bagi peluang dulu then aku puas hati. Jadi teruskan bagi dia jaga sebab dia boleh handle dengan baik. Lagi baik kalau korang dapat yang jaga anak ko sorang je sebab dia boleh bagi perhatian lebih. Terpulang.

Handle susu ibu.
Dia boleh handle susu ibu tapi dengan syarat aku buat nota dan susun siap2 untuk dia. Memang aku nak mudahkan kerja dia jugak. Botol2 semua takpe tak payah basuh, aku bawak balik rumah basuh. Warmer pun aku nak bagi dia tapi dia selesa rendamkan cara biasa dalam air suam je. Lega kat situ. Adam sempat fully BF sampai umur setahun gitu je. Aku dah tak terkejar nak pam sebab penat kerja. Akhirnya campur FM dan malam je dia direct BF.

Tips dan kriteria di atas adalah mengikut pengalaman aku cari pengasuh dulu. Apapun kena banyak tolak ansur dengan pengasuh. Jaga hubungan sebab dia juga ibarat ibu kepada anak kita. Ada yang tak puas hati terus terang dengan dia dan bincang elok-elok.

*Bonus point : Hari kitorang melawat tu, anak dia keluarkan puting dari mulut dan jatuh ke lantai. Aku tengok ayahnya amik basuh kat dapur dan bagi semula. Ada dalam beberapa kali buat macam tu. Sampai dia tak bagi lagi anak dia hisap puting dan ajak anak dia bermain.




No comments:

Post a Comment