Nak bagi hadiah ape untuk pengantin ni?






Musim orang kawen dah mai. Bulan December @ hujung tahun memang waktu yang sesuai buat majlis kawen. Dengan cuti sekolahnya yang panjang dan musim 'sejuk'. Ingat Malaysia takde musim sejuk ke. Tu hujan sepanjang hari siap pakej banjir lagi. Sejuk la tu. Pakai kipas pun dah menggigil. Cuma tak keluar asap je ikut mulut. Hihi. 

Kad kawen pun mesti penuh digantung kat dinding. Bukan ape kalau disimpan dalam laci nanti terlupa. So gantung la kat tempat yang selalu lalu supaya kita ingat. Eh tapi orang sekarang jemput pakai Facebook Event je. Going - Not Going - Maybe. Kalau yang 'Going' tu lagi sehari tarikh majlis Facebook reminds dah. 

Dan bila nak pegi majlis kawen haruslah pikir nak bagi hadiah ape eh. Tu soalan yang selalu membelenggu diri aku jugak. Melalui pengalaman dapat hadiah kawen dulu dan bagi hadiah kawen orang so aku ada beberapa idea hadiah yang sangat berguna. 

Ok. Mari tengok ape list hadiah tu. 

Periuk Nasi
Salah satu barang elektrik paling penting kat dapur. Dulu aku dapat 2 biji periuk nasi. Lepas kawen mesti nak masak untuk suami, jadi pakai yang dapat tu. Jimat dah duit ko. Satu tu bertahan 5 tahun je aku pakai tapi takpe ada satu lagi tu. Jimat berganda. Rasanya 10 tahun ko tak payah beli periuk nasi. Brand yang okay aku penah pakai Midea dan Panasonic. Beli yang saiz sederhana je, agak cukup untuk 4 orang makan.

Dapur gas
Ni hadiah kawen paling banyak aku dapat. 4 ketul terus. Sampai sekarang tukar pakai tak habes lagi. Yang biasa tu tahan lama, tak payah beli yang jenis kaca tu senang pecah kalau tak pandai handle. 

Cerek / pemanas air
Nak buatkan air panas macam air kopi ke teh kena la pakai cerek kan. Takkan nak masak air dalam periuk nasi pulak. Ada 2 jenis, yang pakai lektrik atau masak atas dapur gas. Aku lagi suka pakai gas sebab kalau takde letrik pun bole jerang air. Sesetengah cerek pakai letrik agak kuat. Bagus ni jadikan hadiah. Lepas 5 tahun kawen boleh la nak tukar pakai Kowei ke Kukoo, lagi senang. 

Vacuum Cleaner
Penyapu tak relevan dengan aku sebab duduk rumah bertingkat ni angin kuat dari luar. Letih nak menyapu. Jadi vacuum cleaner adalah yang terbaik. Selain tu boleh sedut habuk karpet, sedut sawang kat siling dan sedut rambut yang bersepah. Maklumlah dah beranak ni rambut banyak gugur.

Iron 
Iron biasa pun dah ok. Tak perlu yang steam tu. Janji baju tak kedut kira ok la. 

Blender / lesung batu
Mak mertua datang nak makan sambal belacan wajib la tumbuk pakai lesung batu. Haa berguna tau hadiah ni. Tak caya try ler beli bagi pengantin. Nak tumbuk cabai hari-hari pun takpe eh. Biar bergegar rumah baru orang tahu ko masak. Kahkah. Blender pun sama je fungsinya. Boleh mana-mana satu nak belikan. 

Set Pinggan Mangkuk atau Cawan atau Sudu Garfu
Senangkan keje pengantin, masuk rumah nanti dah ada set pinggan mangkuk. Tinggal nak hidangkan aje. Tapi biasa orang banyak hadiahkan set cawan kan. Takpe la tu pun ok. Boleh tukar-tukar harini kaler biru esok hijau seterusnya kuning takde la boring minum air cawan sama.

Pembakar roti
Sarapan pagi makan roti bakar sapu planta letak kaya umphh sedapnya.

Microwave Oven
Nak panaskan lauk senang pakai ni. Nak bakar kek pun boleh. Setiap kali birthday boleh la tunjuk skill kat suami suprise kek buat sendiri. Ye dok.

Frame gambar
Ni last choice kalau dah taknak beli barang letrik. Boleh la pengantin hias rumah letak gambar dalam frame ni. Kan berguna tu.


Tu aje yang aku rasa sesuai. Harap membantu!


No comments:

Post a Comment