Friday, June 29, 2018

Checklist masuk rumah baru

Nervousnya rasa nak masuk rumah baru. 
Tapi sebelum masuk tu banyak benda kena buat. Memang ler orang kata rumah baru ni cuci kaki je masuk. Tu kalau yang dah siap renovated and fully furnished betul la cuci kaki je.

Ini rumah kosong. Basic. Apa pun takdak. Bukan setakat nak cuci kaki je, sekali dengan poket licin. 
Dalam kepala dah berat pikir satu2 ape nak buat, jadi jom kita listkan.

INITIAL PAYMENT
1 Deposit Elektrik = RM510.00
2 Deposit Air = RM200.00
3 Maintenance service
4 Security guard / access card
5 Kos ambil kunci

*Updated 17/9/2019
Untuk kos di atas total sebenar adalah 1K++ tapi setelah ditolak duit booking semasa book rumah dulu ada la dalam dua tiga ratus kena tambah aku dah tak ingat.

MISCELLANEOUS
1 Packing box, selotep, wrapping film - kos pindah barang
2 Lori Sewa 1 tan = RM300 (kawan ofis suami dan suami angkat barang)
3 Check defect - check sendiri dibantu oleh adik (chargeman TNB)
Cukai pintu = RM160 +-
5 MOT / Strata Title
House Warming

*Updated 17/9/2019
Item 5 masih belum dibayar ye sebab takde keperluan nak jual atau refinance lagi. Memang nak duduk sampai duit tabung dah penuh barulah ai bayar. Item 6 pun tak buat lagi. Tunggu buat sekali aqiqah baby next year kot insyaallah. 

INTERIOR/EXTERIOR
1 Grill & awning 
2 Plug point tambahan
3 Kipas siling = RM700 +-
4 Lampu = RM550 +-
5 Rod / Railing langsir
6 Langsir
7 Blind
8 House Tinted
9 Alarm
10 CCTV
11 Lantai kayu / vinyl - berperingkat (hall, tangga, dapur, bilik 3)
12 Lampu Pagar / Car Porch
13 Landscape / Rumput Hiasan
14 Paip luar & Getah Paip
15 Plaster siling
16 Outdoor Water Filter

SERVICES
1 Relocate Unifi - FOC
2 Relocate Coway - FOC
3 Kerja wiring - RM420.00 (upah adik aku)
4 Kerja mengecat - nak cat sendiri

*Updated 17/9/2019
Unifi belum cover lagi area ni. Mereput la pakai Celcom Wifi dulu yang tak berapa nak laju tu. Bulan pertama ok laju lepas tu hampeh. TV pun channel apa yang ada je. Taknak pasang Astro tunggu jela Unifi masuk bulan depan. Item 4 tak buat lagi. 


Gambar Google dari FB. Cantik design ni untuk ruang dapur kecik rumah aku. 

DAPUR
1 Sinki ✔
2 Sink Tap ✔
3 Kitchen cabinet
4 Hob & hood
5 Rak pantry ✔
6 Troli dapur
7 Rak tong gas
8 Tong gas ✔
9 Rak pinggan
10 Pengering pinggan ✔
11 Water dispenser Coway ✔
12 Rice cooker ✔
13 Blender ✔
14 Peti sejuk ✔
15 Microwave ✔
16 Steamer ✔
17 Tong sampah ✔
18 Plastik sampah ✔
19 Pinggan mangkuk ✔
20 Gelas cawan ✔
21 Sudu garfu ✔
22 Pisau ✔
23 Periuk ✔
24 Kuali ✔
25 Dulang ✔
26 Lesung batu ✔
27 Papan pemotong ✔
28 Besen
29 Pencuci pinggan dan span ✔
30 Penapis teh kopi ✔
31 Tudung saji ✔
32 Downlight ✔

RUANG MAKAN
1 Meja makan
2 Counter bar / high stool
3 Hiasan frame
4 Karpet
5 Kipas dinding

RUANG TAMU
1 TV ✔
2 TV kabinet ✔
3 Sofa
4 Wing chair
5 Coffee table ✔
6 Karpet ✔
7 Hiasan frame ✔
9 Downlight 3 track spot ✔
10 Kipas siling ✔
11 Plug / Switch ✔
12 Cermin besar

BILIK TIDUR UTAMA
1 Katil king/queen
2 Tilam ✔
3 Cadar dan selimut ✔
4 Bantal ✔
5 Almari baju 
6 Aircond
7 Kipas siling ✔
8 Karpet
9 Meja solek / Rak dinding ✔
10 Kerusi solek
11 Rak penyangkut dinding - sejadah, telekung, tuala
12 Lampu meja
13 Side table
14 Bakul sampah ✔
15 Cermin ✔
16 Downlight x 2 ✔

BILIK TIDUR ADAM
1 Katil single ✔
2 Tilam ✔
3 Cadar dan selimut ✔
4 Bantal
5 Almari baju ✔
6 Meja study ✔
7 Aircond
8 Kipas siling ✔
9 Rak buku ✔
10 Rak mainan
11 Karpet ✔
12 Lampu meja
13 Side table
14 Penyidai tuala
15 Bakul sampah ✔
16 Downlight x 2 ✔

BILIK TETAMU / BILIK SOLAT
1 Toto dan selimut ✔
2 Bantal
3 Almari ✔
4 Sejadah ✔
5 Telekung ✔
6 Rak pakaian solat
7 Rak buku
8 Karpet
9 Iron ✔
10 Iron board ✔
11 Rak baju
12 Feather duster ✔
13 Kipas siling ✔
14 Lampu LED pendek

RUANG DOBI
1 Mesin basuh ✔
2 Rak penyidai boleh lipat tepi ✔
3 Hanger ✔
4 Hanger pakaian dalam ✔
5 Pengepit baju ✔
6 Bakul baju kotor ✔
7 Bakul baju bersih 
8 Sabun basuh ✔
9 Softener ✔
10 Varnish ✔
11 Clorox ✔
12 Rak sabun
13 Hiasan frame pasu
14 Bathmat ✔
15 Berus plastik dan sabut ✔
16 Hos paip ✔
17 Mop & bucket ✔
18 Baldi ✔
19 Gayung ✔
20 Penyapu dan penyodok ✔

BILIK MANDI UTAMA & DALAM BILIK
1 Water heater
2 Rak toiletries
3 Cermin
4 Toiletries ✔
5 Berus tandas ✔
6 Pencuci tandas ✔
7 Air freshener ✔
8 Curtain
9 Hiasan
10 Slipper toilet
11 Bathmat
12 Sinki ✔
13 Penyangkut tuala ✔


Wednesday, June 27, 2018

Kuetiaw goreng paling senang dan sedap

Antara kuetiaw dengan mee, aku prefer kuetiaw sebab aku takleh makan mee kuning.
Perut aku alergik sikit nanti dia rasa sebu dan pedih. Pastu aku mula la rasa nak termuntah nak tercirit segala. Tak tau la kenapa macam tu.

Ni aku nak share cara buat kuetiaw goreng paling senang untuk korang. Hahaha. Kuetiaw je pun. Takpe..Takpe.. Yang dah tau boleh masak ikut resepi masing2.



Tu bukan berminyak tau tapi ala-ala kuetiaw goreng basah. Sodapppp. 




Bahan-bahan (3 orang makan) : 
Sepeket kuetiaw 
2 pek perencah mee goreng Adabi
2 ulas bawang putih
5 ekor sotong sederhana
Sayur sawi
Sebiji telur
Sedikit minyak masak
Sedikit air

Cara masak : 

Panaskan minyak. Tumis bawang putih.

Masukkan batang sayur sawi supaya masak lembut.
Masukkan perencah mee goreng Adabi. Kacau sedikit. Kalau agak kering, masukkan sedikit air.
Masukkan sotong. Masak sekejap.
Masukkan kuetiaw dan daun sawi. Kacau bagi rata semua bahan.
Pecahkan telur di tengah2. Masak seketika.
Dah sebati semua, tutup api. Sedia untuk dihidang.


**Kuetiaw goreng ni kurang pedas dan sesuai untuk budak2 makan. Selamat mencuba. 



Monday, June 25, 2018

Raya Aidilfitri 2018 di Muar, Johor


Salam 11 Syawal. Masih mood raya lagi ni.

Aku dah start keje 7 Syawal setelah bercuti seminggu. Lemau rasa. Padahal takde la beraya sangat pun. Agaknya sebab banyak mengemas tu yang rasa sakit2 badan.
Tahun ni beraya rumah mentua kat Parit Jawa, Muar. Raya haji nanti baru beraya kat kampung aku pulak, Kuala Nerang, Kedah.

Dan beraya tahun ni rasa penat ya amat. Sampai kampung sehari sebelum raya.
Sampai2 je terus kerahan tenaga mengemas rumah mentua. Fuhhh nasib la masih berpuasa penuh haritu. Ikutkan nak teguk air je pukul 3 tu. Hahaha.

Aku satu family dan family abang ipar dari Penang. Diorang dah sampai awal sikit, 2 hari sebelum raya.
Kesian dari jauh tu sampai je terus buat keje. Kalau tak takde tempat tido weh.



Sofia, anak Kak Su. Saje bapaknya edit konon bila la nak sampai nak jumpa Adam. Haha.



Abah dan mak mentua aku dah tua sangat. Abah dah 86 tahun, mak lebih kurang 73 tahun.
Bila dah tua2 ni memang tak larat nak kemas2 rumah dah. Tapi mak mentua masih boleh untuk memasak dan pegi pasar. Masak sambil duduk atas kerusi roda ye. Aku yang kuat kudrat ni pun pemalas nak masak. Tau makan kedai je. Haha.

Tapi tulah bila dah tak larat ni, lepas masak mak biarkan je dapur camtu. Bekas tumis minyak2 semua tu dibiarkan. Nanti nak masak pakai je dapur yang berkecah tu balik. Dan seterusnya sampai la dapur tu kering dengan sendirinya. Hehe.
Sampah sisa makanan pulak dibiarkan lama2 tak dibuang kat luar rumah. Jadinya banyak la ulat2 segala. Kadang ada yang reput dah.

Abah pulak jenis suka simpan barang lama. Benda yang dah tak boleh pakai pun masih nak simpan. Kitorang dah filter buang mana yang patut kat luar rumah, dia boleh audit dalam plastik sampah tu nak ambil balik barang2 tu. Saiyaaaaang katanya. Aduhai.
Abah jugak suka bebel bila kitorang kemas barang2 dia. Takut hilang la. Sebenarnya rumah bersepah lagi susah nak cari barang. Barang tu ada je tapi sebab rumah bersepah abah kata barang dia hilang. Hurmm...

Penyakit suka simpan barang lama ni memang teruk kesan dia. Susah nak dapat kerjasama sebab satu pihak mengemas tapi satu pihak lagi buat sepah. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Kerja sia2. Tapi kalau tak di kemas lagi bertambah teruk silap haribulan boleh tenggelam orang dalam rumah dek sampah menimbun.

Pastu tukar tikar getah baru. Kaler biru uolls. Feveret abah. Buang terus tikar getah lama dari lapisan paling bawah tu. Satu team menyapu satu team mengemop pulak lepas pasang yang baru. Abang ipar dan Kak Su belikan barang2 untuk bersihkan rumah.





Lepas dah bersihkan semua baru boleh tido dengan selesa sikit la. Kalau tak, nak letak kaki pun takde tempat.

Sebenarnya kita sebagai anak ni kena la ambik peranan. Takkan nak biar rumah mak abah kita teruk macam tu. Satu hal lagi tak ke malu kalau orang datang tengok keadaan rumah macam tu. 'Anak2 kerja bagus tapi rumah mak macam tongkang pecah' . Mana nak sorok muka oiiii...

Abaikan je bila mak abah bebel dan tak suka kita kemas rumah dia. Nak ke duduk dalam keadaan kotor bersepah macam tu. Nak solat, nak makan pun rasa was was. Mak abah cakap tak suka tu pun sebab dia taknak susahkan anak2 dia. Penat berkemas semua. Takpe lah masuk telinga kiri keluar telinga kanan je. Lama2 nanti dia diam la tengok rumah dah kemas.

Kalau aku la antara dengar mak abah bebel dengan rumah kotor aku pilih dengar membebel. Tak sanggup aku duduk dalam rumah kotor. Silap2 jin pun duduk menumpang sekali dengan kita. Haha.

Ini tak, asal mak abah bebel tak suka kita mengemas, terus tak nak mengemas lagi. Terus sentap. Entah2 yang konon sentap tu pun pemalas sebenarnya nak mengemas. Guna alasan mak abah bising. Hahaha.

Okay back to cerita raya pulak.
Raya pertama kitorang kat umah atok dekat je dengan rumah mak. Then pegi beraya rumah Pak Lang dan Kak Noni. Rumah Pak Uteh takde orang pulak sebab diorang pegi hospital cucunya sakit.











Tema kaler baju raya tahun ni baby blue & dark blue.



 Beraya rumah Mak Lang & Pak Lang (sebelah abah)





Berkepit dengan Nintendo je budak tu.  



Malam raya pertama bagi budak2 main mercun dengan bunga api. Bukan budak2 je makpak sekali join. Dengan baju tak salin hentam baju raya tu jugak. Nasib la tak berlubang baju aku.












Raya kedua beraya rumah Pak Ngah, Mak Long, Pak Andak, Pakcik Amat dan ke Giant shopping. Hahaha.


 Menunggu geng konvoi lagi satu terlajak simpang. 





Keluar cari makan sebelum ke rumah Pak Uteh. Banyak kedai tutup. Yang ada satu sajo jadinya padat la dengan orang. Order minum je kalau tunggu makanan entah bila la boleh dapat agaknya. Kebulur la masing2.

 Kak Su and anak2.



Sampai rumah Pak Uteh sembang sampai berejam sampai lupa yang masing2 tengah lapar. Siap je Mak Uteh hidang makanan dan jemput makan, tengok ada ketupat palas, nasi himpit dengan sambal udang. Ya Allah, rezeki apakah ini. Licin semua makanan. Sedap la sambal udang mak uteh.

Aku ni memang dok cari2 ketupat palas. Nah sekali ada. Gu pulak dengan sambal udang. Rasa sedap pulak. Mana pernah orang Kedah makan ketupat palas dengan sambal udang. Nanti akan ku ajukan cadangan kepada mak di Kedah. Semoga menjadi.



Raya ketiga mendobi baju. 2 trip. 

Raya keempat pegi Melaka. Jalan2 cuci poket.






Bawak Adam naik beca. Mana penah naik beca budak tu. First time la ni. Pastu pegi Dataran Pahlawan Mall. Makan and shopping sikit then balik ke Muar.


















Esoknya ke Rengit pulak. Abang ipar mengajak. Tu port feveret dia la mencari barang2 lama.
Tempat ni jual barang2 secondhand. Pandai cari and tawar menawar dapat la barang baik dengan harga murah.

Aku beli beskal untuk Adam. Elok lagi dapat harga RM85 dari seratus. Kalau nak beli baru cecah RM200 gak tu. Tu pun malas nak berjalan sangat. Panasss..

Kak Noni cari stroller untuk cucu dia. Elok jugak yang RM60 tu tapi dia taknak pulak. Tapi bagus jugak dia tak beli, beskal Adam saje dah penuh bonet. Datang situ kena bawak pikap macam Hilux tu baru berbaloi beli banyak. Dah la jauh oii ke Rengit tu. 50km dari Parit Jawa.
Kak Su dapat mesin jahit, iron board dan steam iron. Steam iron dia dapat harga RM40 je weh.

Tu jela cerita raya Johor kalini. Seronok dapat beraya dengan family mentua walaupun penat. Mak abah dah tak kuat, bila kitorang ajak berjalan memang tak nak la. Sanggup dok rumah je berehat. Ajak pegi makan kat kedai dekat2 situ pun taknak jugak.

Rindu jugak family aku kat Kedah. Biasa memang ikut turn beraya. Raya puasa kat Johor nanti raya haji kat Kedah pulak. Tahun depan raya puasa turn Kedah ye. Tak pernah lagi setiap raya balik dua2 tempat.



Mak dan adik2 di Kedah. Tahun ni semua tema biru. Tak kisahlah biru muda ke biru gelap. Janji biru. Hehe. 


"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin kepada yang baca blog ni"



Monday, June 11, 2018

Singgah Movie Animation Park Studios (MAPS)




Ontheway balik KL dari Kedah haritu sempat singgah MAPS Perak. Itupun kawan hasben whatsapp bagitau suruh singgah sebab masuk free dari pukul 5 petang sampai 10 malam. Bagus jugak bila kita update aktiviti kat Facebook atau Instagram contohnya balik kampung atau pegi mana2, bila kawan2 ada apa2 info dia boleh update kita kan. TQ sangat!

Kalau nak masuk tu bayaran mungkin RM100 sorang. Klik Sini untuk harga tiket. 

Mulanya kitorang dah kat RNR Tapah berhenti makan situ. Sikit lagi je nak sampai KL. Lepas dapat whatsapp dari kawan dia, ingat malas dah nak pusing balik ke sana. Dalam 30km tau dari RNR Tapah tu. Puffff! Tapi hasben nekad jugak nak pegi, sukati la kan. Aku ikut je. Dia yang drive. 

Esoknya Adam sekolah dan kitorang pulak keje (Isnin). Tu yang buat aku malas nak pegi. Balik Kedah ni pun 2 hari je. Gerak Jumaat malam lepas balik keje pastu Ahad dah balik KL. Penat giler. Buat plan ni pun sebab hasben akan start busy minggu depannya untuk PRU14. Then start puasa pulak jadi bilanya nak balik Kedah kalau macam tu. 






Sampai je tengok orang dah beratur panjang. Parking pulak jauh giler. Paham la benda free confirm ramai serbu. Orang Perak dah sah2 tahu dulu kannnn. 
Tapi beratur ni bukan tak gerak langsung. Laju je Q nya. Tak sempat toleh kiri kanan dah sampai entrance. 


Berjaya sampai di MAPS. Muka sememeh tu abaikan je. Maklum la duduk dalam kereta berjam jam dari Kedah siap tido berapa kali entah, tetiba ajak datang sini memang gitu la rupanya. Bedak ape semua tak pakai togel je muka. Haha. 

Depan entrance belah kanan nampak tower ni dulu. Ada la macam muzium barang2 lama. Macam dalam Pirates of the Caribbean pun ye jugak..

Konon tengah bawak kapal ler tu. 


Maknya berlakon macam kapal nak karam. Ahaha. 


Kembang kempis hidung mengah naik tangga 3 tingkat tinggi2 pulak tu. Semputttt. 


Dah turun bawah pusing2 dekat situ ada roller coaster kecik sesuai untuk budak2 tapi belum buka. Pukul 8 ke atas katanya. Patutla takde orang naik. Kemain excited kitorang ke situ tengok takde orang. Ingat orang tak nampak mainan tu ke ape. 


Adudu ke ape namanya tu. Mula2 aku ingat tranformers. 







'Alkisah...Alkisah tersebutlah kisah. Sang Kancil datang beramai ramai mengadap ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Firaunnnn....'

'Mana Firaun pakai sultan!'







Dah boring tak tau nak main ape sebab semua tempat panjang giler beratur. Sebenarnya teringin nak main bumper car tu. Tapi situ la yang paling ramai Q. Kitorang bukan jenis penyabar bab beratur ni. Kehkeh. Next time la kalau datang sini berbayar mungkin tak ramai orang.



Untuk menghilangkan kekecewaan tak dapat naik bumper car, marilah kita makan aiskrim. 


Muak aiskrim ni pasal semua coklat. Aku dah cakap kat hasben suruh ambik aiskrim kat tengah tu vanilla barula tak muak. Ni tak semua bedal coklat, sila habiskan ye. 


Lepas pekena aiskrim masuk kedai gift pulak. Banyak candy and gummy jelly dalam tu. Macam2 bentuk. Apa lagi tak senang duduk la budak tu. Kalau boleh semua dia nak sauk suh beli. Ambik la yang bentuk teddy, alphabet & numbers dengan yang lain2 tu sikit2.


Pastu beli 3D puzzle Nat Geo Kids gambar turtle. Dapat free gambar 3D cheetah. Adam pilih.



Tak nyempat keluar kedai dah separuh gummy habes.

Ada konsert kat stage tengah2 tu tapi kitorang tak tengok pun. Artis jemputan Mas Idayu dengan sape entah. Tu yang buat lagi crowded. Sampai kan ada budak hilang terpisah dengan family dia. Lost and Found kat sebelah ni. Sempat la kitorang tengok budak tu jumpa balik mak dia. Meraung raung mak dia haa peluk budak tu. Kecik lagi dalam 4-5 tahun. Aku pulak yang rasa nak nangis.









Last sebelum balik, kitorang tengok Stunt Legends show. Ni pun beratur panjang tapi sebab hasben beria mengajak at least ada something yang kitorang masuk dia kata. Masuk je tempat ni nah kau tempat full kat depan2 ni. Kat belah atas je ada kosong jadi kau kena memanjat la sebab tak jumpa tangga kat mana. Terhegeh2 aku memanjat siap hasben tolong tarikkan tangan lagi sebab aku tak berdaya dah. Fuh!


Yang kesiannya ada makcik belakang aku ni. Lepas aku dah dapat duduk, nampak dia baru nak naik dengan laki dia. Laki dia dah lepas naik, tinggal makcik tu kat belakang terkial kial tak dapat naik. Gap setiap tingkat tu memang tinggi pun. Dia panggil2 laki dia tapi laki dia menonong je jalan ke depan. Alahai aku tengok dia dok hulur tangan jadi aku capai la tarik tangan dia naik atas. Kehkeh. Kesian makcik tu. 





Bergambar dengan racer.




Show dah habes boleh la nak selfie dengan diorang ni. 


Sempoi je mat dan minah saleh ni. Diorang emcee masa show tadi. 





Dah puas tengok show marilah pulang ke ibu kota. Esok keje. Sebelum balik singgah makan jap kat McD pastu baru gerak. Pukul 10 malam keluar dari Ipoh sampai KL 12.30 pagi. Memang pecut habes hasben aku. Harap tak mengantuk la kat ofis.