Friday, June 8, 2018

Beli rumah undercon ada progressive payment?

Ye, aku pun baru tau sejak beli rumah baru ni. Kekeke. Progressive payment akan meningkat ikut percentage pembinaan rumah. Sampai la rumah siap baru kita kena bayar full.

Masa kitorang decide nak beli rumah undercon ni, hasben dah ada planning kewangan dia awal2 dah. Kena ambik kira komitmen yang ada sebelum rumah siap especially bayar rumah sewa. Kalau duduk menumpang rumah family takpe lah tak payah fikir pasal ni kan. 

Jadi hasben buat part time freelance design dengan kawan dia. Ada job ada lah payment kan. Boleh cover apa yang patut. Dia pun kerja ofis hour jadi ada masa sebelah malam tu untuk buat kerja dari rumah. Selalu jugak la tido lambat tapi takde lah sampai mengganggu kerja ofis dia. 

Peritnya beli rumah undercon ni sebab tu lah. Bayangkan kena bayar rumah sewa dalam masa yang sama bayar progressive payment tu sedangkan rumah tak dapat duduk lagi. Anggap jerla 'bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian' kannn. 




Katalah harga rumah tu RM220K, mula-mula mungkin bayar dalam RM70 saje sebab baru buat piling rumah.
Selepas 5 bulan bayaran faedah mungkin naik ke RM190 sebab struktur asas dah mula dibina.
4 bulan seterusnya mungkin naik RM350 sebab dinding dah siap.
Setahun setengah kemudian, bayaran naik RM650 sebab mungkin dah siap pula kerja-kerja wiring dan seterusnya sampailah pembinaan 100% siap.

Bila dapat bantuan SPB dari BSN tu rasa lega sangat. Government bagi RM200 setiap bulan sehingga 24 bulan dari tarikh pengeluaran pertama. Contohnya, progressive payment bulan tu total RM700 jadi perlu bayar RM500 saje. 

Kalau pembinaan rumah ambil masa yang lama untuk disiapkan, makin banyak la faedah yang kita perlu bayar. 

Nak beli rumah memang kena ada persediaan awal. Bukan macam beli kereta. Kena ada ilmu sikit2. Aku pun dulu banyak baca banyak google dan tanya jer orang yang dah pernah beli rumah. 

Tu je nak share pasal progressive payment ni. Harap membantu. 

No comments:

Post a Comment