Raya Aidilfitri 2018 di Muar, Johor





Salam 11 Syawal. Masih mood raya lagi ni.

Aku dah start keje 7 Syawal setelah bercuti seminggu. Lemau rasa. Padahal takde la beraya sangat pun. Agaknya sebab banyak mengemas tu yang rasa sakit2 badan.

Tahun ni beraya rumah mentua kat Parit Jawa, Muar. Raya haji nanti baru beraya kat kampung aku pulak, Kuala Nerang, Kedah.

Dan beraya tahun ni rasa penat ya amat. Sampai kampung sehari sebelum raya.
Sampai2 je terus kerahan tenaga mengemas rumah mentua. Fuhhh nasib la masih berpuasa penuh haritu. Ikutkan nak teguk air je pukul 3 tu. Hahaha.

Aku satu family dan family abang ipar dari Penang. Diorang dah sampai awal sikit, 2 hari sebelum raya.
Kesian dari jauh tu sampai je terus buat keje. Kalau tak takde tempat tido weh.



Sofia, anak Kak Su. Saje bapaknya edit konon bila la nak sampai nak jumpa Adam. Haha.



Abah dan mak mentua aku dah tua sangat. Abah dah 86 tahun, mak lebih kurang 73 tahun.
Bila dah tua2 ni memang tak larat nak kemas2 rumah dah. Tapi mak mentua masih boleh untuk memasak dan pegi pasar. Masak sambil duduk atas kerusi roda ye. Aku yang kuat kudrat ni pun pemalas nak masak. Tau makan kedai je. Haha.

Tapi tulah bila dah tak larat ni, lepas masak mak biarkan je dapur camtu. Bekas tumis minyak2 semua tu dibiarkan. Nanti nak masak pakai je dapur yang berkecah tu balik. Dan seterusnya sampai la dapur tu kering dengan sendirinya. Hehe.

Sampah sisa makanan pulak dibiarkan lama2 tak dibuang kat luar rumah. Jadinya banyak la ulat2 segala. Kadang ada yang reput dah.

Abah pulak jenis suka simpan barang lama. Benda yang dah tak boleh pakai pun masih nak simpan. Kitorang dah filter buang mana yang patut kat luar rumah, dia boleh audit dalam plastik sampah tu nak ambil balik barang2 tu. Saiyaaaaang katanya. Aduhai.

Abah jugak suka bebel bila kitorang kemas barang2 dia. Takut hilang la. Sebenarnya rumah bersepah lagi susah nak cari barang. Barang tu ada je tapi sebab rumah bersepah abah kata barang dia hilang. Hurmm...

Penyakit suka simpan barang lama ni memang teruk kesan dia. Susah nak dapat kerjasama sebab satu pihak mengemas tapi satu pihak lagi buat sepah. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Kerja sia2. Tapi kalau tak di kemas lagi bertambah teruk silap haribulan boleh tenggelam orang dalam rumah dek sampah menimbun.

Pastu tukar tikar getah baru. Kaler biru uolls. Feveret abah. Buang terus tikar getah lama dari lapisan paling bawah tu. Satu team menyapu satu team mengemop pulak lepas pasang yang baru. Abang ipar dan Kak Su belikan barang2 untuk bersihkan rumah.





Lepas dah bersihkan semua baru boleh tido dengan selesa sikit la. Kalau tak, nak letak kaki pun takde tempat.

Sebenarnya kita sebagai anak ni kena la ambik peranan. Takkan nak biar rumah mak abah kita teruk macam tu. Satu hal lagi tak ke malu kalau orang datang tengok keadaan rumah macam tu. 'Anak2 kerja bagus tapi rumah mak macam tongkang pecah' . Mana nak sorok muka oiiii...

Abaikan je bila mak abah bebel dan tak suka kita kemas rumah dia. Nak ke duduk dalam keadaan kotor bersepah macam tu. Nak solat, nak makan pun rasa was was. Mak abah cakap tak suka tu pun sebab dia taknak susahkan anak2 dia. Penat berkemas semua. Takpe lah masuk telinga kiri keluar telinga kanan je. Lama2 nanti dia diam la tengok rumah dah kemas.

Kalau aku la antara dengar mak abah bebel dengan rumah kotor aku pilih dengar membebel. Tak sanggup aku duduk dalam rumah kotor. Silap2 jin pun duduk menumpang sekali dengan kita. Haha.

Ini tak, asal mak abah bebel tak suka kita mengemas, terus tak nak mengemas lagi. Terus sentap. Entah2 yang konon sentap tu pun pemalas sebenarnya nak mengemas. Guna alasan mak abah bising. Hahaha.

Okay back to cerita raya pulak.
Raya pertama kitorang kat umah atok dekat je dengan rumah mak. Then pegi beraya rumah Pak Lang dan Kak Noni. Rumah Pak Uteh takde orang pulak sebab diorang pegi hospital cucunya sakit.











Tema kaler baju raya tahun ni baby blue & dark blue.



 Beraya rumah Mak Lang & Pak Lang (sebelah abah)





Berkepit dengan Nintendo je budak tu.  



Malam raya pertama bagi budak2 main mercun dengan bunga api. Bukan budak2 je makpak sekali join. Dengan baju tak salin hentam baju raya tu jugak. Nasib la tak berlubang baju aku.












Raya kedua beraya rumah Pak Ngah, Mak Long, Pak Andak, Pakcik Amat dan ke Giant shopping. Hahaha.


 Menunggu geng konvoi lagi satu terlajak simpang. 





Keluar cari makan sebelum ke rumah Pak Uteh. Banyak kedai tutup. Yang ada satu sajo jadinya padat la dengan orang. Order minum je kalau tunggu makanan entah bila la boleh dapat agaknya. Kebulur la masing2.

 Kak Su and anak2.



Sampai rumah Pak Uteh sembang sampai berejam sampai lupa yang masing2 tengah lapar. Siap je Mak Uteh hidang makanan dan jemput makan, tengok ada ketupat palas, nasi himpit dengan sambal udang. Ya Allah, rezeki apakah ini. Licin semua makanan. Sedap la sambal udang mak uteh.

Aku ni memang dok cari2 ketupat palas. Nah sekali ada. Gu pulak dengan sambal udang. Rasa sedap pulak. Mana pernah orang Kedah makan ketupat palas dengan sambal udang. Nanti akan ku ajukan cadangan kepada mak di Kedah. Semoga menjadi.



Raya ketiga mendobi baju. 2 trip. 

Raya keempat pegi Melaka. Jalan2 cuci poket.





Bawak Adam naik beca. Mana penah naik beca budak tu. First time la ni. Pastu pegi Dataran Pahlawan Mall. Makan and shopping sikit then balik ke Muar.


















Esoknya ke Rengit pulak. Abang ipar mengajak. Tu port feveret dia la mencari barang2 lama.
Tempat ni jual barang2 secondhand. Pandai cari and tawar menawar dapat la barang baik dengan harga murah.

Aku beli beskal untuk Adam. Elok lagi dapat harga RM85 dari seratus. Kalau nak beli baru cecah RM200 gak tu. Tu pun malas nak berjalan sangat. Panasss..

Kak Noni cari stroller untuk cucu dia. Elok jugak yang RM60 tu tapi dia taknak pulak. Tapi bagus jugak dia tak beli, beskal Adam saje dah penuh bonet. Datang situ kena bawak pikap macam Hilux tu baru berbaloi beli banyak. Dah la jauh oii ke Rengit tu. 50km dari Parit Jawa.
Kak Su dapat mesin jahit, iron board dan steam iron. Steam iron dia dapat harga RM40 je weh.

Tu jela cerita raya Johor kalini. Seronok dapat beraya dengan family mentua walaupun penat. Mak abah dah tak kuat, bila kitorang ajak berjalan memang tak nak la. Sanggup dok rumah je berehat. Ajak pegi makan kat kedai dekat2 situ pun taknak jugak.

Rindu jugak family aku kat Kedah. Biasa memang ikut turn beraya. Raya puasa kat Johor nanti raya haji kat Kedah pulak. Tahun depan raya puasa turn Kedah ye. Tak pernah lagi setiap raya balik dua2 tempat.



Mak dan adik2 di Kedah. Tahun ni semua tema biru. Tak kisahlah biru muda ke biru gelap. Janji biru. Hehe. 


"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin kepada yang baca blog ni"



No comments:

Post a Comment