Saturday, September 21, 2013

Luahan rasa seorang ibu yang bekerja

Ianya sekadar berkongsi rasa dan pendapat sahaja.

Tanpa aku sedari, Adam Rizqi yang sudah nak masuk 11 bulan dah banyak benda yang dia tahu sendiri tanpa diajar. Mungkin dia memerhati dan adapt dengan persekitaran kot.

Sebenarnya dah lama perhati tapi mungkin penat bekerja dan balik rumah sibuk pulak dengan kerja rumah jadinya aku simpan dulu perasaan ni.

Setiap kali sampai rumah *selepas amik Adam dari rumah babysitter* sedang leka layan kerenah dia tiba-tiba dia bermain tepuk amai-amai *sambil tangan buat gaya tepuk* dengan aku.
Sungguh rasa nak terkejut atau nak gembira semua bercampur perasaan tu. Bagi orang lain mungkin rasa biasa tapi bagi aku itu dah cukup membuat hati rasa gembira.

Situasi lain pulak bila aku nak pakaikan baju dia selepas mandi,tetiba dia bermain 'aucak'..dia ambik baju dan tutup muka tapi suara keluar eh eh eh je..yela tak pandai cakap lagi kan..bila aku cakap aucak banyak kali then baru dia tersengih. ok dah faham.dia nak bermain aucak la tu kan.. sekali lagi rasa gembira tu datang..

Tapi persoalannya macam mana dia belajar semua tu? mungkin dari rumah babysitter kottt. Aku tak banyak luangkan masa dengan Adam..yela kerja office hour kan. setakat abc 123 alif ba ta ada la sikit sempat ajar kan.. memang tak sangka Adam cepat belajar.. Alhamdulillah..


Okay bersambung nanti.....
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment