Wednesday, October 18, 2017

Tips Pilih Bank Terbaik untuk Pinjaman Rumah


Aku share kat sini sebab senang nak refer balik nanti.


Credit: FB Harith Faisal

Kalau kau kali pertama nak beli rumah, normal-lah kau tak tahu pasal hal ehwal bank kan. Soalan yang selalu ada dalam kepala kau, "Bank apa yang bagi interest paling rendah ye?"

Kalau kau nak tau, orang pilih pembiayaan dan pinjaman rumah bukan tengok kadar interest yang paling rendah semata-mata. Banyak lagi benda lain yang kau kena tau.

Nah! Saya belanja 6 benda yang perlu kau tengok masa nak pilih pakej pembiayaan yang sesuai untuk rumah kau. Ada lagi beberapa poin lain, tapi kalau dapat 6 ni dah kira cukuplah.
.
.
#1_Tempoh_pembiayaan_maksimum

Kalau muda-muda lagi, boleh dapat tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun. Pilih yang maksimum supaya bayar balik bulanan jadi rendah.

Kadar sewa nanti boleh menampung bayaran balik bulanan dan dapat aliran tunai positif.

Inilah salah satu sebab yang bagi saya motivasi untuk beli rumah banyak-banyak masa muda. Kau apa tau? Haha.

Kalau umur 40 tahun, dapat 30 tahun saja pembiayaan. Cara kiranya macam ni, 70 – 40 = 30.
.
.
#2_Kadar_untung_bank_rendah

Lagi rendah keuntungan bank, lagi baguslah sebab bayar balik bulanan mestilah lagi rendah.

Ada bank yang pakai kiraan “lagi mahal harga rumah, lagi rendah keuntungan bank”. Tapi masih ambil kira skoring dari banker.

Kalau kita dikategorikan sebagai high risk applicant, besar kemungkinan kadar keuntungan bank tu akan tinggi jugak. Jadi, pastikan jaga profail kewangan kau betul-betul kalau nak rate rendah.

Bagi saya, selagi bayaran bulanannya dapat cover ansuran bulanan rumah tu, saya sebat je walaupun kadar keuntungan bank agak tinggi.

Iyalah, bukan kita yang bayar pun kan. Penyewa yang bayarkan. Janji, lulus cepat.
.
.
#3_Tiada_lock_in_period

Biasanya pembiayaan Islamik memang takda lock in period. Jadi, takda halangan daripada pihak bank untuk kita jual semula rumah kita tu bila-bila masa yang kita nak.

Contohnya kalau kita ambil pakej yang 5 tahun lock in period, jadi kita tak boleh jual rumah kita dalam tempoh masa tersebut melainkan kita rela membayar penalti kepada pihak bank.

Pakej yang takda lock in period sesuai untuk flipper. Maksudnya dia beli rumah harga murah, biasanya daripada pasaran lelong. Kemudian, dia cantikkan rumah tu. Beberapa bulan lepas tu, dia jual balik pada harga market value.

Tapi, kalau kau nak duduk sendiri rumah tu, tak payah kisah sangatlah pasal lock in period ni. Kau memang nak duduk sampai habis nyawa kan.
.
.
#4_Fleksibel

Ada jenis term, semi fleksibel dan fleksibel. Fleksibel yang paling best!! Sebab kalau kita ada duit lebih tak tau nak buat apa dah, kita boleh bayar lebih kepada bank untuk tolak prinsipal. Lagi cepatlah kau dapat habiskan hutang tu.

Tapi, kalau kau takda tunai yang banyak, tak guna pun kau beriya nak yang jenis fleksibel ni. Memang tak guna.
.
.
#5_Margin_maksimum

Untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua, biasanya bank akan bagi 90% margin of financing (MOF). Baki lagi 10% kena sediakan sendirilah. Tapi masih bergantung kepada skoring tahap kewangan kita.

Kalau kita high risk applicant, komitmen sedia ada pun dah tinggi, nak beli rumah yang mahal tak sesuai dengan kelayakan, mungkin hanya dapat 80% atau mungkin permohonan kena tolak.

Untuk pembiayaan rumah ketiga dan berikutnya bank akan bagi 70% MOF sahaja. Harap maklum.

Pembeli rumah pertama boleh mencuba nasib untuk dapatkan 100% MOF.

Jangan lupa, cari juga bank yang boleh bagi tambahan pembiayaan 5% untuk kos yuran guaman, yuran penilaian hartanah dan MRTT.

Jadi, tak payahlah kau guna modal yang tinggi untuk beli rumah tu nanti.
.
.
#6_Pembiayaan_islamik

WAJIB!!

Tak perlu dipertikaikan lagi, kita sebagai orang Islam MESTI ambil pembiayaan Islamik lah berbanding pinjaman konvensional tu. Dah sah-sah riba'.

Sebab kita kan orang Islam. Sebaik mungkin, kalau ada pilihan, kita perlu pilih yang patuh syariah. Kalau bab makanan, kita boleh pilih yang halal, kenapa tidak masa nak beli rumah, kan. Wajib tau.
.
.
Pilih yang terbaik.

Sejujurnya memang susah nak dapat pakej yang menepati semua 6 poin di atas. Kalau tak dapat semua, dapat menepati beberapa poin pun jadilah.
.
.
#Tip_BONUS

Saya akan mohon pembiayaan kat 2-3 bank yang lain-lain. Risau juga kalau berharap sangat kat satu bank je. Kalau tak lepas bank tu, at least ada back up daripada bank yang lain.

Selain tu, tujuannya supaya saya dapat pilih bank yang boleh bagi pakej terbaik ikut citarasa dan matlamat pelaburan saya.

Benda ni tak terpakai untuk kau cari pasangan hidup ya. Jangan kau dating sampai 2-3 orang sekaligus. Alasan, sebab nak cari yang terbaik. Terbaiklah sangat.

Tak baik tau mainkan hati dan perasaan orang lain. Kalau dah suka kat seseorang tu, teruslah masuk meminang. Be gentleman sikit.

Bercinta lama-lama, habis duit dating kat KFC 500 kali, tengok movie sama-sama 200 kali, travel 50 kali, rupa-rupanya kau tolong jaga jodoh orang lain.

Haha! - HF


No comments:

Post a Comment