Friday, October 6, 2017

Workspace aku mencari rezeki


Saja nak cerita, style aku kat tempat kerja memang kena kemas sentiasa.
Masuk office takde la menyampah tengok tempat macam tongkang pecah.
Habis kerja nak balik tu aku akan make sure tempat kemas dulu then baru balik.
Biarpun haritu workload aku masyaallah banyaknya tetap aku kemas.

Petang2 Jumaat ni (esok weekend yahoo!), meh la aku share apa yang perlu ada kat workspace aku supaya semangat tak luntur bila bekerja. Ewwah sangat.
 

1) Tempat duduk selesa
Penting ni bagi aku. Pilih kerusi yang sesuai dengan badan kita.Hari-hari nak duduk tempat sama berjam-jam kena la yang selesa.
Empuk dan ikut ketinggian (level mata sesuai dengan level skrin komputer). Empuk tu bagus kalau tak kematu bontot oii..
Kalau rasa dah tak sedap duduk, tukar la kerusi baru. Kalau takde kerusi empuk, ko suruh bos beli baru. Samada dapat kerusi baru atau kau kena hempuk. Tu je haha.

2) Kurangkan keletihan mata
Kat meja aku memang wajib letak eyemo. Agak lama pandang PC je aku titik kat mata 2-3 kali sehari. Segar sangat rasa.
Lagi satu tempat aku mengadap ke luar jendela (tingkap ler tu), jadi sesekali pandang pokok ke ape2 yang hijau bagi refresh mata. Hehe.

3) Keyboard selesa
Ni pun part paling penting. Banyak menaip kan. Kalau pakai laptop tu memang ok kan keyboard nya.
Aku kat office pakai PC so pasal keyboard memang aku cerewet. Nak yang sedap menaip. Baru cepat kerja siap.

4) Pencahayaan terbaik
Lampu memang terang dan so so je cahaya dia. Kalau lampu dah kuning cepat2 aku suruh maintenance tukar.
Dah la aku rabun, bertambah rabun kang nanti. Jangan lampu romantik pulak, kang ngantok memanjang kat opis. Tau2 dah berdengkur kat bawah meja.

5) Kedudukan meja
Jangan di laluan lalu lalang dan tempat berborak. Haa part ni pun penting.
Aku tak suka meja jadi tempat tumpuan macam orang selalu lalu then mesti singgah nak berborak. Haih tak fokus buat keje. Singgah hulur makanan ke ok takpe. Heh.

6) Snek sihat
Ini memang aku selalu spare kat meja.
Stok yang aku suka Fitbar Fruit, biskut pat segi Hup Seng (eh ni snek sihat ke??), coklat bar, buah prunes, biskut Gery and kadang2 aku songlap biskut si Adam. Hehe.

7) Sudut Kreatif
Bukan sudut pun, ada la seciput kata-kata motivasi yang aku lekat kat partition tu. Then nota2 penting kat tempat yang senang nampak.
Macam To Do List tu senang esok datang keje nampak je list tu ko tau ape ko nak buat. Takyah pening pikir.

8) File yang tersusun
File yang selalu guna - clear folder letak atas tray atas meja je. Sebab tu yang selalu akan amik.
Lain2 hard cover file itu aku letak atas cabinet belakang meja and labelkan supaya senang ko nak cari.
Bos pun senang nak amik, takde la dia tanya2 ko mana file.

9) Rak dan ruang storage
Kat tempat aku ada satu main cabinet yang boleh sumbat segala file dan mak nenek kertas apepun aku taktau.

10) Kalendar meja or planner
Ni ofkos la semua orang ada. Nak note kan apa2 yang penting kat kalendar la.
Macam date annual leave, birthday kawan birthday family, date MC senang tengok berapa banyak dah amik. Kehkeh. Nampak sangat banyak MC.
Planner pulak aku ada yang buku je, tu pun tak habes tulih. Tiap2 tahun macam tu. Banyak tulih kat kalendar je.



Tu je pasal workspace aku. Nak balik dah. Bye!

No comments:

Post a Comment