Monday, January 8, 2018

Kerja luar bidang study


Salam tahun baru 2018.

Ada ke yang sekarang kerja luar bidang study dulu?...

Kalau ada kita sama. Haha..

Tak kisah kan janji kita berpeluang rasa pengalaman kerja. Bagi aku kan minat datang kemudian bila kita dah rasa cabaran kerja tu.

Macam aku, dulu study Sains Bahan atau lebih dikenali Fizik. Sejak Form 1 sekolah dah dalam aliran sains. Terus follow the flow sampai la masuk MRSM pun aliran sains. Bukannya takde aliran perakaunan tapi tak rasa nak mencuba ke arah tu. Padahal bukan pandai mana pun sains. Belajar just untuk score dalam exam saje.

Lepas SPM masuk matrikulasi pun amik Fizik lagi. Tak jemu2 walaupun sampai sekarang aku masih tak faham ape benda yang belajar dulu. Kahkah. Keluar matrik, apply uni pun bidang sains jugak walaupun pointer ngam2 3.01. Heh.

Sains Bahan ni adalah pilihan last aku dapat. Pilihan pertama sampai ke berapa entah adalah engineering. Tak sedar diri lagi tu pointer ngam ho masih nak apply engineering. Takpe tak salah mencuba kan. Dah dapat offer UPM tu aku pasrah je, terima.

Lepas tu boleh pulak dapat UITM - course engineering yang aku idamkan selama ni tapi diploma la. Ceh. Penat2 masuk matrik struggle takkan nak patah balik. At least masuk uni 3 tahun je dah dapat degree. Bagus jugak degree 3 tahun save PTPTN. Kalau amik diploma sambung degree lagi entah berapa banyak la kena bayar PTPTN. Hai tak sanggup.

Sebenarnya tak susah nak dapat kerja bidang sains ni. Ada je kawan aku yang kerja bahagian R&D. Tapi ramai yang sambung Masters dan PHD terus jadi lecturer.





Akhirnya graduate dengan Kelas Kedua Atas. Jadilahhh. Ijazah Sarjana Muda ada 4 kelas:

Kelas Pertama
Kelas Kedua Atas <==== (I was here. Hehe)
Kelas Kedua Bawah
Kelas Ketiga

Pointer berapa ikut kelas tu aku tak ingat. Tak silap kelas kedua atas 3.01 sampai 3.50 kot. Terlepas peluang tukar PTPTN ke scholarship uiii. Itula first and second semester aku tak serius. Dah tahun kedua baru nak struggle memang kelaut dalam la. Even dapat dekan untuk 2 semester pun aku masih tak dapat capai kelas pertama. Rugiiii...

Lepas graduate aku terus kerja part time kat area UPM. Tak balik duduk kampung sebab nak cari duit dan pengalaman. Risau kalau dah start 'rehat' nanti malas nak keluar cari kerja. So untuk permulaan kerja Kenny Rogers kat The Mines tu. Eh lagi satu sebab boyfren ada kat KL tu yang taknak cari kerja kat kampung. Kehkeh.

Dalam masa yang sama aku ada apply permanent job jugak. 2 minggu kerja part time dapat offer pembantu akaun kat company interior design. Sebenarnya jadi pengganti staff tu berhenti sebab nak kahwin. Staff tu kerja berdua je dengan datin ni. Datin as advisor company and dulu pernah berkhidmat di MOF(early retired). Kalau nak tahu siapa my first boss ni, Datin Nadzley Nordin nama dia. Lebih kepada buat akaun dan jadi PA dia. Tu je. Ok la aku accept.

Then, tak lama lepas tu (3 bulan) aku dapat offer kerja bank. Ambil peluang kerja bahagian customer service kredit kad (back office). Baru beberapa bulan kerja bank aku kahwin. Kerja ni mengadap workload yang terlampau banyak. Sehari kena handle 200-300 akaun kredit kad customer melibatkan penutupan akaun dan maintenance dia. Fuh tak sanggup nak kenang.

Susah payah pun 3 tahun jugak mengadap kerja bank. Haha. Lepas tu aku tukar kerja kat area rumah je. Masih dalam bidang akaun (pembantu akaun). Gaji tak setimpal dengan degree pun tapi kerja jugak. Sebab dekat dengan rumah (berjalan kaki saje), jadi kerja lah selama 6 bulan di situ. Bab akaun dah cekap sikit.

Tak cukup jerit perih kerja bank dulu, aku apply bank lagi. Haha. Dapat. Kalini bank overseas pulak. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Gituuu. Tak dapat bertahan jugak. Workload yang teramat banyak. Gaji di offer double dari kerja bank dulu. Dengan Adam baru nak membesar (dia baru setahun lebih), tak sanggup rasanya lebihkan waktu kerja dari dia. Kang nanti tau2 je dia nak masuk sekolah dah. Hurmm.. Tak sanggup.

Amik keputusan berhenti tanpa dapat kerja lain lagi. Risiko yang ditanggung sendiri. Komitmen banyak nak kena bayar uiii. Nasib sebulan je menganggur. Dapat offer kerja pembantu akaun lagi. Gaji ok sikit laa. Berbaloi. Company sekarang ni tak perlu OT, balik on time. Weekend pun tak kerja. Banyak masa dapat luangkan dengan family. Sedar tak sedar dah nak masuk 4 tahun kerja sini.

So bertambah lagi tahun pengalaman kerja dalam bidang akaun. Kalau pasal Fizik memang aku tak ingat langsung dah. Jangan tanya. Basic mungkin boleh la.

Nak compare akaun dengan sains mana lagi best, dua2 pun best sebenarnya. Cuma bezanya aku dah selesa kerja akaun jadi aku lebih memahami akaun tu berbanding sains. Walaupun dulu teori nya aku takde (tak pernah belajar akaun), tapi bila dah kerja pun masih belajar benda baru.

Ilmu takkan habis dipelajari. Lagi kita banyak belajar, lagi banyak ilmu yang kita tak tahu. Apapun kerja yang kita dapat, cuba dulu. Kalau masih tak boleh, silakan cari yang lain. Kita sendiri yang menentukan apa yang kita nak selama ni.

No comments:

Post a Comment