Monday, February 12, 2018

Layak ke jadi boss


Tak pernah lagi aku jumpa boss yang 'special' macam ni. 
Staff punya ofis hour adalah 8am to 6pm tapi dia punya ofis hour 9.30am to overtime. 
Almost everyday kalau awal sikit pun pukul 9am. Tu kira awal lah bagi dia. 
Bila HQ visit pandai pulak kau datang pukul 8.
Ada yang cakap, dia keje ikut time customer overseas so ada excuse la masuk lambat. Eh takkan hari2 pulak deal dengan customer, lagipun customer service kan ada. Customer overseas ada 2 kerat je pun.
Time lunch hour pun selalu masuk lambat, siap angkut staff kesukaan dia masuk lambat.
Bila ditegur, kau tak boleh terima. 

Tak pernah lagi aku jumpa bos yang buat semua kerja staff. 
Dia lah technician, dialah HR, dialah IT dialah Sales (ok ni memang kena buat la since CM perlu cari sales jugak), dialah customer service dan dialah buat account. 
Ini namanya kepimpinan terpuji. Semua dia balun sebab tak percaya staff buat kerja dan tak rasa staff dia boleh buat sebaik dia. 
Oh aku lupa nak mention satu lagi, bukak surat pun dia. Sikit lagi despatch pun dia buat. Eh kau bukak company sendiri la banyak jimat tu buat sorang2.

Tak pernah lagi aku jumpa bos yang bermesra (mesra yang jenis bertepuk tampar, pegang2, menggeletik dalam kawasan kerja) dengan staff terpilih sahaja. 
Bukan dengan semua staff ye. Dengan staff yang dia suka which means staff yang pandai mengipas (dalam bahasa kasarnya menjilat).
Bukan la aku nak dia bermesra dengan aku pulak.
Maksud aku bila dah bermesra tu, diorang tu takleh nak disiplin keje. Dah kau bagi peluang macam tu. Jadinya tak boleh nak bezakan time keje dengan time berborak.
Staff lain berhempas pulas siapkan keje, diorang boleh sedap bermesra.
Kalau ada kesilapan staff kesayangan dia, kira lepas tangan jela. Boleh kawtim punya. 

Tak pernah lagi aku jumpa bos yang terlalu nak save cost setiap inci harga perlulah dicompare dengan 5 hingga 6 quotation yang akhirnya quotation yang dipilih adalah dari kenalan dia jugak. Kahkah.
So apa guna cari quotation berjela tu balik-balik kroni kau jugak yang dapat. 
Ingat aku tak tahu. Siap ugut kalau dia dapat cari price lagi murah 'i potong gaji u ye'
Celanat apa kau nak cakap gitu. 

Tu belum save cost part nak dispose barang dan jual scrap. Dia punya jual tu kalau boleh harga beli macam jual barang baru. Kejadah ape barang scrap nak jual macam baru. Hoi logik sikit la.
Nak sangat simpan dalam rumah kau jela buat perhiasan barang antik. Tunggu 20 tahun lagi kau jual mungkin la kot dapat harga kau nak tu. Mungkin la. 

Tak pernah lagi aku jumpa boss yang semudah abc keluarkan perkataan 'bodoh' kat staff lain padahal bodoh tu nak ditujukan pada orang lain. Sangat tak profesional.
Dia nak lepaskan geram kat orang ni tapi tak boleh nak direct marah orang ni jadi kemarahan tu kena pada staff lain supaya staff tu boleh sampaikan kat orang sebenar. Kahkah.
Annoying nya perangai kau.

Kau tak boleh langsung terima teguran orang balik2 kau sorang je nak menang. Sesetengah benda kau tak perlu nak argue bagai pun. Dan tak payah la hari2 kau nak ingatkan orang yang kau tu boss. Ini sikit2 bila argue je 'I'm your boss'. Pegi mati la kau dengan title kau tu.

Aku cadangkan HR hantar dia pegi training management and communication skills.
Dah teruk sangat bagi stress kat staff.
Kalau tak happy bekerja macam mana nak datang produktif tu.

Nak orang respect dia tapi dia sendiri tak respect kita. Respect bukan boleh dapat bila kau mintak ye, kau tunjuk perangai elok, jadi contoh yang baik, bercakap sesuai dengan level masing2 dan be fair kat semua orang automatik orang akan respect kau. Tak perlu mintak pun. Orang akan bagi. 

No comments:

Post a Comment