Thursday, July 10, 2014

Pengalaman bersalin anak pertama #Part 2

Hari bersalin - 24 Oct 2012

Pagi2 around pukul 4 , tengah tido tetiba rasa sakit pinggang yang amat sangat memang tak boleh nak tido. berpeluh2 tahan sakit. cakap dgn husband mungkin dah masa kot. tapi belum keluar apa2 tanda lagi . lebih kurang 2jam jugak la menahan sakit pinggang tu.

Subuh. Bangun nak siap2 solat Subuh dan pegi keje macam biasa. sakit pinggang da kurang sikit. Lepas je buang air kecik nampak ada darah bersama lendir kat seluar kecik.. panik sekejap. bagitau husband dan dia pon panik skali apa lagi terus siap2 pegi hospital. 

Sampai HUKM pukul 7.30am terus ke bahagian emergency. nurse cek CTG, tekanan darah and doc buat ve bukaan baru 2cm. fuh sakitnye masa buat ve sebab tak tahu nak react camne..heh! Ok terus masuk wad.

Dah masuk wad tukar baju pastu dapat breakfast sekejap. contraction mild saje masih boleh relax makan2 lagi.. doc cakap selalu anak sulung ni lambat sket nak tunggu buka sampai 10cm. agak2 malam ni kot baru deliver.
Ya Allah kalau camtu lama lagi la aku menunggu kat sini. cakap2 dengan baby "cepat keluar ye sayang, ummi tak sabar nak jumpa ni". heh. membantu la sangaaaat *malam jugak baru aku bersalin*..

Hasben datang bawak semua barang2 aku n baby. ok la ada peneman tapi HUKM ni bole datang time melawat je. time hasben keluar aku dah tak tau nak buat ape pegila bejalan pusing satu wad tu.. dengan harapan cepat aku beranak kalau boleh petang ni ke..haha

Setiap 4 jam aku kena buat ve (vaginal exam *betol kot eja camni*). okay part ni yang paling aku tak suke. gerun weh. asal kena panggil je aku buat2 gi toilet la saje nak lambat2 kan..bahaha..

Lagi satu yang aku rimas dgn HUKM ni bila doc pelatih buat lawatan. student2 pon ada jugak. aku tengah dok sakit2 ni sibuk tanye macam2. dah ada sorang tanye japgi datang lagi sorang tanye soalan yang sama. adoiii lotih den.. *urut dada*

Antara soalan peberet student2 ni :

"Bila last datang period ye kak?'' 

Lagi satu...

''Kenapa ada gap untuk akak mengandung ye, akak plan ke?" ishh tau la aku lambat sket nak mengandung, selepas nak dekat 2 tahun kawen barula ada rezeki nak dapat anak.. bukan aku plan tapi belum ada rezekinya.. gituuu..

Tak berapa ingat ada lagi soalan2 yang ditanya sebab melayan contraction. Contraction pulak mula2 rasa mild je lepas tu dah rasa kerap dan semakin kuat.

Buat ve baru 4cm. ok kena banyak jalan lagi ni. balik wad je terus rasa contraction yang semakin kerap. nak makan pon dah tak lalu. tapi nurse suruh jugak makan bagi ada tenaga nak push nanti..hehe.. seingat aku aku makan roti cicah milo panas je.. itu je yang lalu..

Petang around pukul 5 buat ve lagi bukaan dah 5cm. Terus doc tu pecahkan air ketuban guna alat yang macam chopstick tu tapi tak rasa ape langsung..tau tau dah rasa ade air panas mengalir kat kaki..terus mintak hasben siap2 sekali ke labour room. Fuh. kecut perut masa ni nurse tolak naik wheel chair ke labour room. pengalaman pertama aku tengok labour room.. sejuk dan takut.. huaaa... mampu doa tak henti2 je..

Lebih kurang satu jam kot aku baring je kat katil dalam labour room tu.. hasben ada je kat sebelah teman aku.. bila datang je contraction (kali ni dah sakit betul) aku pegang kuat tangan hasben.. memang aku pegang kuat2 yang mencengkam.. Buku surah dan doa yang aku bawak tu pun sampai dah lunyai. Mulut tak henti2 baca.

Then, doc masukkan ubat utk buang air besar supaya nanti masa meneran takde la tercicir sekali..muahahaha.. tak lama lepas masukkan ubat tu terus aku ke toilet nak membuang tak menahan sangat da.. Julap ke ape dia bagi sampai kosong perut aku membuang. Haha.  

Hasben keluar kejap gi solat pastu teman aku balik.. Masa ni doc dah guna tiub sedut air kencing.. haha.. part ni pun sakit ya amat.. Doc tanya aku nak guna tak epidural kalau dah tak bole tahan sebab masa tu aku guna yang sedut gas tu je.. Ethonox kot nama nye... dia tengok aku macam tak bole tahan sakit contraction tu.. tapi aku tak guna pun epidural..

Buat ve dah 7cm tapi aku dah tak tahan  nak push sangat2.. Nasib la dapat doc pempuan (tak ingat namanya) dia betul2 bagi aku semangat, bagi motivasi yang aku dah nak jadi ibu.. kena kuat sebab dia cakap nanti awak dah ada anak lagi perlukan kekuatan lebih dari ni.. nak jaga anak, uruskan anak.. sedih pun ade masa ni.. terus aku kuatkan semangat dan cuba teknik push yang betul..

Doc terpaksa buat episotomi (gunting sikit kat bahagian bawah tu) nak bagi kepala baby senang keluar sebab bukaan masih lagi 7cm.. doc ckp dah nampak kepala baby.. doc mintak hasben tengok .. ''haa ayah nampak tak kepala baby, dah nak keluar tu..sikit lagi je..'' terus terdiam hasben ku.. takut agaknye ke terkedu sampai diam seribu bahasa.. haha..

Setelah cubaan 3 kali push akhirnye tepat 8.49pm aku berjaya melahirkan baby lelaki yang comel menawan itu.. haha.. Alhamdulillah..bersyukur ya amat.. hilang semua kesakitan tadi. 
Tu saje cerita pengalaman bersalin aku.. setiap orang rasa lain2.. tak sama.. melahirkan setiap anak pun orang cakap tak sama sakit tu.. Mudah mudahan untuk anak seterusnya dipermudahkan la..



Fresh baru keluar tengok dunia.


Semoga jadi anak yang soleh ye..





>>Nak baca #Part 1 di SINITak banyakkkk.. 2 part je. Hihi.  


Thank you for reading this entry. Keep CALM and SMILE!

No comments:

Post a Comment