Posts

Showing posts from 2014

Menu Masakan bagi ibu yang berpantang

**Sekadar rujukan untuk aku nanti..hehe..Menu ni diambil dari group resepi ringkas di facebook (terima kasih pada tuan yang share resepi ni).. Aku takut nanti cari tak jumpa so aku letak kat blog. senang. hihi... * * * * * * Ikan yang boleh dimakan semasa pantang : ---------------------------------------------------------- 1. Ikan haruan 2. Ikan yu 3. Ikan selar 4. Ikan gelama 5. Ikan jenahak 6. Ikan merah 7. Ikan tenggiri 8. Ikan kurau 9. Ikan bawal putih 10.Ikan senangin 11.Ikan kerisi 12.Ikan kod 13.Ikan bilis 14.Ikan siakap 15.Ikan salmon
Menu Masakan  --------------------------------

SUP IKAN Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa) Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan …

Astro Oasis kini di Hypptv.. *Ni bukan iklan Unifi okeh* ...

Saje nak cite borak2 petang2 ni..
Nak buat keje mengantok pulak..
Petang2 ni dah la sejuk, pekena nescafe panas terus idea mencurah2 nak membebel..haha..

Aku dah lama pakai Unifi ni..
Dah 4 tahun rasanya..
Yela kan dapat suami kaki game mana tak mengelupur kalau takde line internet selaju boleh..
Tu yang pasrah jer pakai Unifi..
Tak kisah la yer janji awak yang bayar..
Sebab awak yang pakai banyak..kehkeh..
Aku setakat nak layan youtube, bukak fesbuk, instagram, whatsapp tu jer..

Dulu2 aku ada pasang Astro jugak..
Sebab boring kan balik keje nak melayan TV..
Aku ni kaki TV jugak..
Dulu la..masa belum ada anak..
Skang takde maknanya..
Astro pun aku dah potong lama dah..
Sempat pakai 2 tahun je kot..
Ni kira dah tahun kedua rumah aku takde Astro..
Takpe lah lega sikit jimat tak payah nak bayar banyak..
Lagipun kecewa dulu dengan Astro..
Macam2 dia caj dalam bil..
Padahal amik yang pakej family tu jer..
Masa awal register dulu bulan2 bayar RM37.95 je..
Dah lama2 tu jadi RM40.95..
Channe…

Selamat Hari Lahir, Adam!

Image
Alhamdulillah....


2 tahun yang lepas...24.10.2012....
hari ni lah hari aku bertarung nyawa melahirkan seorang zuriat..
anugerah dari Allah..
amanah juga dan rezeki yang tidak ternilai...
pinjaman dari Allah untuk dicorakkan menjadi seseorang..
Moga anak yang lahir jadi penyejuk hati ummi dan daddy..
jadi anak yang soleh..
Aminnnn...
In shaa Allah...

Kenapa aku cakap rezeki yang tidak ternilai...
Sebabnya...

Boleh aku cakap..
Ujian dari Allah selama lebih kurang 2 tahun menunggu..
Hampir putus asa..
Tapi dengan kesabaran, usaha, doa, dan tawakal dapat jugak merasa jadi seorang ibu..
Kadang kadang terfikir kenapa kita diuji..
Ada sebabnya..
Ada hikmahnya..


Dulu...
Dah lali dengan soalan-soalan orang yang tanpa memikirkan perasaan kita..
Bertanya soalan yang sudah tahu jawapan..
Memang menguji kesabaran..

Sekarang aku faham sangat situasi orang yang macam aku dulu..
Sebab tu aku takkan pernah nak tanya orang sesuka hati macam mana orang buat kat aku dulu..
Ye aku faham sangat..
jadinya ja…

#OOTD Aidilfitri 2014 di Parit Jawa, Muar...

Image
Hai.



Feeling #ootd lah sangaaattt kannn...

Takpe lah entry dah basi pun..
tapi nak bagitau jugak yang raya aidilfitri bulan 8 haritu tema color GOLD...hihi..

Saje je aku nak sematkan gambar raya satu family dalam blog ni..
kesah raya kat Muar (kampung mentua) dengan kampung aku sendiri tak sama..
Aku skang sejak dah ade anak touching lebih sket bile tak beraya kat kampung aku sendiri..
sedihnye lain macam tau..huhu..

Tambah bila dengar takbir pagi raya tu..mula la air mata aku bergenang..
teringat family kat Kedah oiii...
Sambil tu duk teringat jugak lontong mak yang sedap tu..
ketupat palas lagi..
serunding mak..
sedapnye laa...

Baju raya ni pun beli last minit..sehari lagi nak raya baru beli..

Mahal jugak la..
kat K-Mall Tanjung Agas..
tempat ni macam bazar jual baju..
semua kedai baju-baju, tudung, pakaian lelaki pun ada sekali..
senang shoping semua dalam satu kedai je..
tapi yang tak bestnya diorang ni letak harga mahal sebab tau orang mesti akan amik jugak sebab dah last minit..

SusunAtur Ruang Rumah : Playroom Adam

Image
Tak tau nak panggil playroom ke ape..

sebab bilik ni tak digunakan sepenuhnya untuk aktiviti Adam..
Kadang kadang Adam banyak bawak keluar mainan dia main kat keluar..
mungkin dia bosan kot main sorang2 dalam bilik..
yela kan..ummi daddy pun kadang2 mood malas tu datang nak teman Adam main dalam bilik dia..hehe..



Ni bilik kedua..
agak luas untuk jadi playroom sahaja..
so untuk sementara waktu letak jugak hadiah2 kawen dulu.
ruang dalam bilik lain tak cukup..




Playroom Adam takde konsep ape2 pun..
Warna warni lah kiranya..
Sebab aku bila shoping barang2 ni main beli je ape yang aku rasa cantik dimata..haha
dan murah..tu aku amik kira jugak..
kebanyakan barang2 ni time murah ada sales baru aku beli..
sanggup tunggu sampai price cut..
kalau tak aku bolayan jer..






































































Rumah ni 3 bilik je..
Satu blik tidur utama..
Bilik kedua playroom Adam..
Bilik ketiga *kecik sket dari bilik yang lain* hasben dah jadikan bilik gaming dia..
memang terhad sangat ruang tu..
bilik gaming tu jadikan tempat simpan …

WW : Adam's Band

Image

Dah lama tak bergambar camni...

Image
Pelik je mood malam ni..
Tetiba je rasa rajin nak update blog..haha..


Ada masa terluang sikit...

Ni gambar masa kat Annual Dinner ofis hasben haritu..
Tema nye 'The Night of Movie Characters'...
Buat kat Vivatel..


Layan jela..


























Kasi chan ummi ngan daddy Adam photoshoot dlm photobooth tu kejap kannn.. Bila lagi.. Hihi...
Adam kena tinggal ngan babysitter masa ni.. Kesian dia.. Babysitter cakap asal orang ketuk pintu je dia la yang dulu lari gi kat pintu..
Sekali tengok orang lain yang datang..

Tapi kitorang balik awal malam tu..
Pukul 10 malam terus chow balik..
Nasib la number lucky draw dah keluar awal2 lagi..
Rezeki..dapat voucher Aeon RM200..
Hehe..



Ok tu je..Adam pun dah rengek nak tido la tu..



Alamak..dah ter 'wean off' la pulak...

Hai.



Tak lama lagi Adam dah 2 tahun.
Bulan depan je ni..
Cepat sangat masa berlalu..
Tak sempat daku nak mengejar..
Selaju Adam dah boleh berlari skang terkedek kedek mak dia ni semput kalau kat pasaraya..letih hoi!
Hahaha..
Last2 biar daddynye pulak yang kejar..


Nak cite pasal perjalanan breastfeed Adam..
Sebenarnya aku sempat fully breastfeed Adam sampai 8bulan je..
tu betol2 belum campur FM..
gigih mengepam masa kat office (dulu keje kat Maybank) kejenye ya ampun terlampau banyak..
sambil buat keje sambil pam..
aku pam kat meja sendiri..
bawah meja ade plug point so bole la nak sorok2 pam..
nak naik pam kat surau memang tak sempat..
dulu pakai Spectra 3 senyap je..
jiran meja pun xperasan aku tengah pam..hehe..
tapi nak bawak ke ofis tu yang tak tahan..
berat ya amat..
ape pun aku bersyukur sebab pam tu banyak berjasa kat aku..
tak pernah buat hal..

Then masa hujung2 Adam 8bulan aku dah goyang..
tak larat dah nak mengepam..
kudrat tak cukup..hihi..
sekarang bila pikir balik rasa me…

SusunAtur Ruang Rumah : Pantry 'Merdeka' ku...

Image
Hai.



Pantry Merdeka ni dah letak dulu kat group susunatur haritu..
eksaited sangat sampai tak nyempat nak update kat blog..

Thanks pada semua ahli group yang ada bagi cadangan, idea dan kongsi pasal susunatur ni..


Sebelum tu pun kat rumah dah pernah bincang dengan hasben..
dia ada cakap nak belikan rak dapur baru untuk aku sebab kesian katanya aku duk susun barang pakai rak buku je..
dah tu yang tu je rak yang ade kan..
aku guna jela..nak beli tapi bajet takdak la pulak..
lagipun aku ni berkira kira sikit kalau kena pakai duit sendiri..saaayang..haha

Dia cakap kalau dapat range harga dalam 150-200 tu dia bole la belikan..
so aku pun mula mencari2 jugak kedai mana yang ade jual rak pantry ni..
Dah gi tengok kat kedai perabot area Sg.Besi tapi mahalnye la dalam RM200 camtu..
tu pun bole kurang sampai RM180 je..
takpe kita survey lagi mana tau dapat yang lagi murah ke..
nak membeli ni kena survey habes dulu..
jangan gopoh sangat...


Sehari sebelum merdeka tu saje la gi jenjalan kat Tesco.…

ResepiAzanna : Mari buat Homemade French Fries ala-ala McD...

Image
Hai.



Haritu tengok dalam peti ais ada ubi kentang..lebihan masak sambal kentang dengan ikan bilis..
so kepala pun mula la ligat berpikir nak buat apela dengan kentang ni..

Selalu malam kitorang jarang makan malam sebab balik keje pun dah penat kan..
beli makanan untuk Adam jer la..
dia suka makan macam popia, nugget, kentang goreng ke memalam ni.. nasik sume memang tak nak la dia..

Tetiba hasben tanya ''Eh, kentang tu kalau buat kentang goreng boleh ke?teringin pulak nak makan..''
Terus dapat idea nak buat french fries..Thank you hasben sebab bagi idea..hihi..

Maka terjadi la French Fries buatan tangan sendiri..

Selalu beli je yang frozen pastu balik goreng dah siap boleh terus makan..


Resepi ni google je tak ingat blog mana tapi aku buat ikut bahan ape yang ada je kat rumah..

Malu sebenarnye nak letak resepi ni pasal cikai2 je..haha..semua orang pun tau kot nak buat...tapi takpe Sharing is Caring... *giggles




Bahan-bahan - untuk 3orang makan :

5 biji Ubi kentang
1 pek 2…

SusunAtur Ruang Rumah : Tips sembunyikan wayar TV...

Image
Hai..


Ni entry pertama pasal susun atur..hihi..aku tak pandai sangat nak deko2 ke nak susun2 bagi cantik kemas memang aku takde skill..sekadar bagi nampak elok dimata aku dah kira okay la..

Dulu masa Adam kecik umur setahun 2bulan camtu dia suka memanjat kabinet tv tu tarik2 wayar ape yang ada depan mata dia..aku ni risau dibuatnye sebab nak kena pantau selalu..

Dari tv letak atas kabinet tu aku alih gantung pulak kat dinding dengan harapan dia tak kacau lagi tv n segala wayar tu.. tapi tetap sama jugak.. lagi advance ade la budak kecik tu..

Aku decide dengan hasben beli tv baru n install sekali gantung kat dinding sebab tv lama tu dah rosak..mungkin sebab Adam selalu ketuk2 kat screen tv tu..panel dah rosak..jadi pekasam jela..huhu..sayangnye tu tv pertama masa lepas kahwin..bertahan dalam 3tahun.. takde idea ape nak buat dengan tv lama tu..

Bila dah gantung. ade wayar yang terjulur ke bawah tu buat aku rasa sakit je mata ni tengok.. terus google cara nak sembunyikan wayar tu..dapat …