Monday, March 31, 2014

Husband vs Wife : Perbezaan suami dgn isteri

Salam Isnin..

Ni aku nak cite sikit kenapa suami berbeza dgn isteri.. haruslah beza kannn kalau sama kang pelik la pulok.. hihi...

Perbezaan 1 :
Beli time shoping barang dapur aku akan pikir pikir dan pikir banyak kali barang apa yg perlu di ambil contoh macam antara tisu kotak dgn tisu gulung yg mana lagi penting walaupun dalam checklist dah tulis 'tisu kotak jenama Tesco'.. Ambik masa dalam 5 minit jugak untuk pikir okay! haha.. itulah perangai aku.. tambah2 bile time2 tu tisu gulung ada SALE and mula la aku goyang nak amik mana satu..kehkeh..

Tapi hasben dia akan amik masa 5 minit sahaja untuk beli semua barang yang dia nak (tak perlu checklist pon!).. haha.. contohnya dia nak beli milo 3in1 dengan susu pekat manis yang dalam tin tu nampak je terus amik tanpa perlu pikir F&N or jenama X, harga ke, milo tu ada berapa peket ke kat dalam tu lantak ko.. itulah hasben aku..

Perbezaan 2:
Bab sidai baju. Aku akan sidai baju susun ikut baju sama baju seluar dengan seluar and macam yang besar2 tuala ke aku asingkan sidai bagi sedap mata memandang..

Kalau hasben dia sidai haaa campur je janji semua tersidai.. selalunya mesti akan ada lengan baju yang masih tersepit kat dalam baju tak dikeluarkan.. lantak janji sidai.. muahaha.. walaupun dah ditegur and di 'remind' banyak kali.. takpe janji dia buat keje umah.. kang aku cakap banyak2 kali dia tinggal je keje tak habes kat situ..

Eh, ni je ke perbezaannya..

Haruslah takkkk.. nanti aku sambung lagi.. skang sambung buat keje dulu..


Tuesday, March 25, 2014

Masa ibarat PEDANG...

Salam di keheningan pagi  ...

Semalam semua dikejutkan dengan berita MH370 yang dikhabarkan oleh PM berakhir di kawasan terpencil Lautan Hindi.. Masa ni aku yang takde kena mengena sebagai ahli keluarga penumpang tapi sebagai saudara sesama manusia menitiskan air mata kesedihan..

Sebak..

Hiba..

Pilu..

Apatah lagi keluarga penumpang dan krew kapal.. Hanya Tuhan yang tahu..

Berikan lah kekuatan kepada mereka untuk melalui hari-hari mendatang dengan tabah...

Salam takziah dan Al-Fatihah......
*

*

*

Sebenarnya tinggal lebih kurang 95hari je lagi untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan...bulan Ramadhan...

Okay puasa belum ganti ni.. huhu.. marilah kita sama sama ganti ye.. 

Nanti nak beli baju raya pulak.. eh baju raya je yang ko ingat ye.. hehe.. bukan ape persediaan awal..








Friday, March 21, 2014

Alkisah anak yang tak sihat...apa yang patut mak ayah buat ni??

Salam Jumaat....

Tengok tajuk tu kemain panjang lagi... 

Tapi entry nye macam pendek jer..kehkeh.. 

Sebenarnya nak cite pasal Adam.
Sejak kebelakangan ni memanjang tak sihat.
start dengan demam awal bulan haritu.
demam 3 hari je pastu selsema pulak.
ha yang ni amik masa sampai 2 minggu pastu sambung dengan cirit birit pulak.. *lap peluh nak jaga anak ni*.. hihi..
cirit birit pulak sampai seminggu lebih..
adehh.. kesian ko nak. 

Lepas dah baik semua, dua hari lepas tu start demam balik.
demam on off pastu selsema pulak.
haa gitu la cycle nye ye..
semalam jadi bengkak kat bawah mata mula2 belah kiri, malam pulak jadi belah kanan.
ni pagi tadi ibu cakap kat perut dgn belakang badan jadik merah2 pulak...
alahai anak.. 

Rasanya mungkin kena 'gegata' bak kata ibu la..
aku pon rasa macam tu.
mungkin hama ke lebih kurang camtu la.
rumah tiap2 minggu dah bersihkan.
mana entah datangnye hama tu. malam tadi Adam garu2 mata dia..
tepuk2 kepala dia la pastu gosok2 muka la..
hurrmmm.. kesian pulak tengok.

Aku masih meng-google ape yang patut buat nak bagi hilangkan bengkak tu..
haih risau dibuatnye..

Sesape ada petua nak hilangkan bengkak tu boleh la share ye.. ;)

Monday, March 17, 2014

Mood bekerja di hari Isnin

Salam...

Sape yang bekerja harini sila bangun pastu duduk balik?? muahahaha.. mesti korang lemau jer kan harini.. dah tau dah.. hihi.

Aku bukan tak semangat ni tapi kan.... tapi anak aku tu ha tak sehat pulak.. tu yang buat lagi rase mcm nak duk rumah jaga adam je.. kesian dia..

Malam tadi badan panas sket dengan selsema la campur cirit birit sket hari sebelum tu. cirit birit dah okay tapi montotnye melecet pulakkk. aku sapu krim aloe vera Hurix yang beli kat farmasi dulu. Krim tu nampak berkesan. setiap kali melecet mesti aku sapu krim tu.

Harap2 adam cepat baik la. pagi tadi pun daddy yang anta rumah babysitter. tak nangis katanya. cuba aku yang anta mau drama pagi2 kat umah 'ibu' tu.. adam panggil babysitter dia 'ibu'. hehe.
kalau dah dua hari cuti memang tak nak la dia gi umah ibu..

Hurrmmm... mohon semangat la pagi2 camni. tambah hujan pulak. sejukkkk wehh.. tido pun sodapp nih.. kekeke..

Dah jum buat keje..


p/s : ape yg korang buat untuk naikkan semangat keje hari Isnin camni??


Thursday, March 13, 2014

#PrayForMH370

Ya Allah,jika benarlah apa yang tertulis ni berikanlah kekuatan kepada keluarga penumpang pesawat MH370..

Masuk hari ni dah hari ke-6. semoga ada petunjuk yang lebih baik..

Keep praying for MH370...


Monday, March 10, 2014

Pengalaman bersalin anak pertama #Part 1

Salam...

Eh eh lamanya blog tak ber update..sunyi sepi..fuh fuh..tiup habuk yg setebal 4inci ni..haha..

Biasa la mood pempuan ni kan ada turun naiknya..sekejap ok sekejap tak ok sekejap hilang entah kemana. nak dpt balik mood menulis tu amboiiii kemain lama.. kadang tu teringin sangat nak menaip nih semangat dah berkobar tup tup anak minta dilayan habes terbang segala idea dalam kepala ni haaa.. apa pon tak boleh.. tu yg berbulan bulan jadi nye.. 

Sebenarnya dah lama nak cerita pasal pengalaman bersalinkan anak sulung ku itu.. tapi kan tapi tula masanye nan hado..kehkehkeh.. masuk bulan ni Adam Rizqi dah setahun empat bulan da.. tu pon tgk kat Lilypie ticker tu haa.. bole gitu???

Sehari sebelum bersalin - 23 Oct 2012

Masa ni kandungan dah 38minggu. berat pon dah 85.7kg. pengsan nak kena turunkan balik to normal nih..pfffttt lap peluh.. masalah back pain dah teruk sangat dan kebas tangan kanan. mungkin sebab perut yang semakin memberat kedepan. urine pon ada masalah jugak tapi doc just bagi ubat untuk clearkan urine kotor.. alhamdulillah part tu dah okay. 

Then mintak doc kt KKIA bg surat cuti awal sebab dah tak larat nak jalan lg. bayangkan tgh sarat masa ni masih pegi keje naik LRT. turun kat stesen plaza rakyat dari bdr tasik selatan amik masa selama 20minit if perjalanan smooth. kalau tak mau setengah jam jugak. kalau nak mintak husband pick up kat Menara Maybank tu memang dia tak nak la.. Jammed yg amat katanya.. pernah dia amik kat ofis skali tu, sambil menunggu tu boleh buat ot selama 1jam, solat maghrib pastu baring2 selama 2jam barula husband sampai. nampak tak punye lama menunggu tu. baik jalan kaki je sket ke plaza rakyat. pasrah jela.. tapi masa perut 7bulan je naik dari bdr tasik selatan, selepas tu dah turun kat stesen chan sow lin. kira dekat sikit la. dalam 8minit gitu. 
yg sedihnye doc tak bagi pon cuti awal katanya kesihatan aku okay so boleh bekerja mcm biasa. aisshh nak nangis rasa*dah nangis pon*..aku dah tak mampu lagi masa ni nak menahan sakit belakang pastu kat celah peha pon dah sakit sangat.. jalan pon dah macam penguin..kehkeh..

Bersambung....

>>Nak baca #Part2 di SINI. Part 1 ni baru INTRO. Kehkeh.