Daisypath - Anniversary

Lilypie - Fourth Birthday

AR Beauty & Health

24 October, 2014

Selamat Hari Lahir, Adam!

Alhamdulillah....


2 tahun yang lepas...24.10.2012....
hari ni lah hari aku bertarung nyawa melahirkan seorang zuriat..
anugerah dari Allah..
amanah juga dan rezeki yang tidak ternilai...
pinjaman dari Allah untuk dicorakkan menjadi seseorang..
Moga anak yang lahir jadi penyejuk hati ummi dan daddy..
jadi anak yang soleh..
Aminnnn...
In shaa Allah...

Kenapa aku cakap rezeki yang tidak ternilai...
Sebabnya...

Boleh aku cakap..
Ujian dari Allah selama lebih kurang 2 tahun menunggu..
Hampir putus asa..
Tapi dengan kesabaran, usaha, doa, dan tawakal dapat jugak merasa jadi seorang ibu..
Kadang kadang terfikir kenapa kita diuji..
Ada sebabnya..
Ada hikmahnya..


Dulu...
Dah lali dengan soalan-soalan orang yang tanpa memikirkan perasaan kita..
Bertanya soalan yang sudah tahu jawapan..
Memang menguji kesabaran..

Sekarang aku faham sangat situasi orang yang macam aku dulu..
Sebab tu aku takkan pernah nak tanya orang sesuka hati macam mana orang buat kat aku dulu..
Ye aku faham sangat..
jadinya jangan nak concern sangat jaga tepi kain orang..
Tu semua kerja tuhan..

*
*
*
*
*
*


Birthday Adam..

Sebenarnya celebrate in advance..
Buat masa raya haji haritu 05.10.14 kat Kedah..
Tahun lepas pun buat kat Kedah jugak..

Aku dah plan nak buat tema 'School Bus' sebab Adam memang suka sangat dengan bas..
Pergi mana2 nampak bas je tunjuk ''bas..bas..haa tu bas...''
Nasib la dia tak mintak daddy belikan bas betol tu..
Kalau tak haruuu..



Tahun ni dah hire birthday planner..
Tapi sedihnya..
Birthday planner tu masuk hospital pulak..
Demam tak kebah sampai seminggu..
Dah tu dia tak bagitau awal2 yang dia tak dapat siapkan kek sume tu..
Huhuhu...
Aku pulak lagi 2 hari nak balik Kedah baru nak call dia follow up..
Ingatkan okay la dia tengah buat..
Tak tahu pulak dia sakit..
Takpe lah..takde rezeki nak buat ikut tema sikit..

Jadi, aku la yang kelam kelibut call sana sini..
Dah la nun jauh di Kedah..
Mana nak cari lagi yang bole siapkan dalam 2 hari oiii..
Semua dah fully booked..

Makanya..buat jela sticker label school bus..
letak kat doorgift..
Kek beli kat kedai Kuala Nerang je..
Harusla takde image school bus..
Kat kedai biasanya ada image yang femes2 je..
Aku amik jerla image The Cars letak atas kek..
hihi..
Lari tema nampaknya..




Kek The Cars 






Zoom sikit..










Birthday Boy dah ready nak tiup lilin...





Dalam mulut ada sumi jelly tu camne nak tiup lilin...






Sekali mak dia yang tiup lilin haaa...








Adam cakap..''car ummi..car..''





















Buat makan2 ni jemput sedara terdekat je..
Adik beradik mak kan duk dekat2 situ je..
Tu pun dah penuh rumah..meriah..


Adam dah 2 tahun harini..
Sekejap je masa berlalu..
Adam belum jadi abang long lagi..
Masih tidur bawah ketiak ummi..
Haha..
Manja sangat...

Tu pun orang masih tanya..
Bila Adam nak dapat adik...
Okay fineeee...
Tolong baca line kat atas2 tu ye..
Semoga puas hati...


Sekali lagi...

Ummi nak ucapkan...

''Selamat Hari Lahir, Adam yang ke-2 tahun" 

dan...

tahniah untuk ummi...sebab berjaya mengeluarkan budak comel yang dalam perut ni 2 tahun yang lalu...


Yeay!!....




Notaphotokaki : Rindu masa ni..Adam kecik lagi..















23 October, 2014

#OOTD Aidilfitri 2014 di Parit Jawa, Muar...

Hai.



Feeling #ootd lah sangaaattt kannn...

Takpe lah entry dah basi pun..
tapi nak bagitau jugak yang raya aidilfitri bulan 8 haritu tema color GOLD...hihi..

Saje je aku nak sematkan gambar raya satu family dalam blog ni..
kesah raya kat Muar (kampung mentua) dengan kampung aku sendiri tak sama..
Aku skang sejak dah ade anak touching lebih sket bile tak beraya kat kampung aku sendiri..
sedihnye lain macam tau..huhu..

Tambah bila dengar takbir pagi raya tu..mula la air mata aku bergenang..
teringat family kat Kedah oiii...
Sambil tu duk teringat jugak lontong mak yang sedap tu..
ketupat palas lagi..
serunding mak..
sedapnye laa...

Baju raya ni pun beli last minit..sehari lagi nak raya baru beli..

Mahal jugak la..
kat K-Mall Tanjung Agas..
tempat ni macam bazar jual baju..
semua kedai baju-baju, tudung, pakaian lelaki pun ada sekali..
senang shoping semua dalam satu kedai je..
tapi yang tak bestnya diorang ni letak harga mahal sebab tau orang mesti akan amik jugak sebab dah last minit..
yang kita ni pulak ingat beli last minit la dapat harga giler punye murah..
takde maknanya okay..
lepas ni daku nak tempah awal2 baju raya..kehkeh..

Cuti raya tu dapat seminggu..
Tapi bosan jugak cuti lama2..
dah tak tau nak berjalan kemana..


Malas nak cerita panjang..
meh layan gambar jela..





Peace yo! *style Adam*





Family photo










Lagi...








Dan lagi....









kawan dengan budak besar...






Kemain lagi tu...





Makan abc & rojak petis kat Tanjung Emas....






Last but not least....

Presenting Adam yang suka menyanyi... *dia je yang paham*...

Lagu "Wheel On The Bus"...feveret nih...




Kitorang tengok je dari dalam..hihi..