Thursday, November 3, 2016

Bayar Lawyer Fee (SPA & Loan Bank)

Setelah lama tinggalkan tulisan perjalanan membeli rumah baru, sekarang nak update lagi ye step seterusnya.

Banyak halangan sebelum loan nak approve ni - nanti I cerita kenapa.
Ok lepas loan dah approved, lawyer SPA (pemaju) dan lawyer bank (BSN) akan keluarkan invoice untuk kita bayar lawyer fee.

Kenapa kena bayar lawyer ?
Iyela dia dah sediakan dan uruskan dokumen perjanjian jual beli hartanah untuk kita, lagi uruskan pinjaman bank ikut undang-undang yang ditetapkan so kena la bayar. 
Tugas diorang bukan setakat admin je tetapi dari segi legal jugak.

Bila dah dapat invoice tu harap check betul2 relevan atau tak setiap amount yang dia caj tu. 
Boleh terus tanya setiap caj tu untuk bayar apa kalau kita tak jelas. 
Dah setuju baru sign dan bayar ke akaun bank yang lawyer bagi.

Bayaran lawyer fee - kami guna EPF akaun 2 :
Lawyer SPA - RM2,033.58
Lawyer Bank - RM3,669.84
Total : RM5,703.42

Banyak kan? Sayangnya la duit. Apa boleh buat demi rumah syurgaku.. Pejam mata bayor jela.

Cara-cara nak buat pengeluaran EPF akaun 2 boleh refer link di bawah.


Setiap transaction mesti ada resit bayaran kan, so harap simpan untuk rujukan kita. 
Lepas payment dah clear mintak lawyer keluarkan resit bayaran yang kita dah buat.

Ok ni nak cerita sikit halangan yang terpaksa kami lalui sebelum loan approve. 
Semuanya silap si isteri sebab tak bayar PTPTN.. hehe.. 
Tak bayar tu sebab pernah menganggur lama 2 tahun lepas so tak dapat la teruskan bayar bulanan PTPTN. 
Jadi rekod bayaran tu tak cantik dan keluar dalam CCRIS.

So please please make sure sesape yang pinjam PTPTN ni wajib bayar cantik2 jika nak apply apa2 loan pun.

Apa yang aku buat untuk cantikkan balik rekod CCRIS ni - Keluarkan EPF akaun 2 bayar separuh hutang PTPTN dan mintak PTPTN strukturkan balik bayaran bulanan. 
Kan dah pernah cerita sebelum ni, ini adalah rumah pertama so EPF dapat la keluarkan semua akaun 2. 
Duit tu aku bahagikan utk bayar PTPTN dan lawyer fee. 
EPF hasben pun dapat keluarkan semua, membantu sikit kewangan kami.

Tak susah pun nak deal dengan PTPTN, just call pegawai cawangan yang berdekatan dengan kita. Amik kat website PTPTN je nanti dia akan uruskan semua. 
Aku deal dengan cawangan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebab dekat je dengan rumah. Anytime boleh jumpa dia.. Memang membantu sangat. 
Boleh deal melalui whatsapp jugak. Yang penting kita simpan surat tawaran PTPTN masa apply dulu dan ada lagi dokumen lain (tak ingat dah).

Isi borang kat EPF, dia akan guide kita just cakap je nak keluarkan EPF untuk bayaran PTPTN.
EPF amik masa dalam 1 minggu je untuk release bayaran PTPTN aku. 
Ni akan direct terus ke akaun PTPTN. 
Selepas payment dah clear dalam akaun PTPTN, barulah apply sekali lagi untuk keluarkan balance EPF tu. 
Yang ni baru akan masuk ke akaun bank kita (ikut amount yang kita apply). 
Staff EPF cakap better keluarkan habes sebab for this time je (beli rumah pertama) dapat keluarkan akaun 2 terus ke akaun bank kita, nanti memang tak dapat dah peluang ni.  

Payment for PTPTN dah clear tadi kan, so kena buat penstrukturan PTPTN pulak. 
Penstrukturan ni supaya fix kan monthly installment yang perlu kita bayar. 
Then PTPTN akan keluarkan surat pelepasan untuk kita bagi dengan bank pinjaman (BSN). 
Barulah BSN approve loan kitorang. 
Huh semua tu amik masa sebulan untuk settle tau! Lega rasanya lepas dah approve. 
Boleh tido lena hehe..

Berbalik pasal lawyer fee pulak, lepas seminggu loan approve, lawyer SPA (KF Low) akan hantar invoice dan collect SPA skali. 
Tak lama lepas tu lawyer bank (Zailan & Co) pula mintak kami ke office dia di Kompleks PKNS untuk sign dokumen dan bagi invoice skali.

Settle bab bayaran lawyer fee.. 
Masa ni tak pening kepala dah.. Tunggu je rumah siap.. 
Kitorang ada group komuniti Villa Kesuma so senang la nak tahu progress rumah.

Definisi : 
SPA - Sales & Purchase Agreement
PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
BSN - Bank Simpanan Nasional
CCRIS - Central Credit Reference Information System

25 comments:

  1. Assalamualaikum..boleh tnye utk snp tu kenapa awk murah yer? Sy aritu pemaju ckp 7k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la azie kenapa mcm tu..harga rumah sama ke? 220K?

      Delete
  2. Bank akan call mintak bank statement tak? Suami punya takde masalah. Tp saya punya gaji dibayar cash dan takde epf. So mcmana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde bank statement mungkin boleh bagi borang E yg penyata lhdn tu..utk kepastian cuba tanya dengan bank terus..

      Delete
  3. Salam nk tanye ada group wassup utk progress umah ni ke?

    ReplyDelete
  4. salam puan nak tanya..puan menggunakan skim perumahan belia BSN..perlukah peminjam sediakan 10% deposit dan jumlah tersebut dibayar balik setelah loan disburse?..boleh saya tahu tak rate berapa ya?..kami merancang nak apply juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..tak perlu deposit 10% utk full loan. sy cuma bayar duit booking rumah je dulu 1K. rate sy x ingat pulak..yg bagusnya spb bagi rm200 monthly selama 2tahun support kita byr interest masa rumah dlm pembinaan ni..

      Delete
  5. nak tnya...keluarkan utk lawyer fees tu kan..kena ada stamping dulu ke just bg salinan ke mcmana

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh refer link ni untuk pengeluaran epf http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/6356913/SSD_PMB_BP_D5_V022018_01032018.pdf

      Delete
    2. alamak...link tu tak boleh nak click ...boleh ke send lagi sekali...terima kasih puan

      Delete
    3. sorry..sy dah update link kat post ni..

      Delete
  6. Salam puan..boleh kongsi tak prosedur prmohonan bsn skim rumah pertamaku ni..Saya baru terima offer rumah selangorku dan bercadang nk guna skim bsn ni...mmg zero deposit ke? Bgaimana dgn fee duty stamp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. boleh refer entry sy berkenaan pinjaman bank. kalau dpt full loan then zero deposit la. duty stamp masih ada kena bayar.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Betul ke boleh keluarkan epf dari akaun 2 untuk yuran peguam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk rumah pertama je boleh keluarkan semua epf akaun 2. So duit tu ikut kita la nak buat apa. Hehe. Sy guna utk byr lawyer sbb savings tak banyak.

      Delete
    2. Boleh ke kite kuarkn kwsp akaun 2 utk bayar lawyer

      Delete
  9. kalau borang spa semua da lengkap..boleh ke kita minta lawyer tunggu kita kuarkan duit kwsp akaun 2 dulu?saving xbyk sgt ni nk bayar lawyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, lepas lawyer bagi invoice biasanya ada masa sebulan gitu untuk kita bayar. EPF proses kejap je dlm seminggu camtu duit dah masuk akaun.

      Delete
  10. Salam boleh ke kite keluarkn kwsp akaun 2 utk bayar duit lawyer n tujuan lain2??tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. epf akaun 2 hanya boleh dikeluarkan utk beli rumah. pandai2 la manage duit sendiri hehe..

      Delete
  11. Legal fee SPA memang lebih mahal untuk rumah underconstruction berbanding rumah second hand (subsale).

    ReplyDelete
  12. untuk peguam yang mana lebih baik. guna 1 peguam atau 2 peguam

    ReplyDelete
  13. hai salam, nk tanya. bila sebenarnya kita kena bayar lawyer fee ye? bukan lepas dapat rumah ye?

    ReplyDelete